Rabu, 28 April 2010

AURAT DAN KEJAHILAN

AKHLAK


DARI :http://hatinurani86.blogspot.com/

Pendedahan Aurat dan Kejahilan Wanita Nama Islam Kini

Berikut ialah situasi kejahilan wanita Islam mempamirkan tubuh badan mereka secara percuma kepada lelaki yang boleh mengawininya dan kepada pandangan orang bukan Islam.

Situasi Kejahilan 1:

Seorang wanita yang nama Islam bekerja di kedai atau pusat jualan pakaian wanita. Ia bekerja sebagai jurujual. Pusat menjual pakaian ini banyak menjual pakaian baju kurung,jubah dan berbagai jenis fesyen yang sesuai untuk dipakai oleh wanita Islam. Pemiliknya adalah orang berbagsa Cina beragama Budha. Apa yang menarik gadis yang berbangsa Cina di kaunter memakai baju kurung tanpa tudung. Malangnya anak Melayu nama Islam berpakaian seksi berseluar ketat, baju Tshirt lengan pendek,singkat bila duduk nampak kulit belakang. Mengapa generasi wanita hari ini jahil agamanya sendiri.Apakah ibu bapa atau suaminya juga jahil syariat Islam. Bekerja ditempat jual pakaian pun tidak mampu berpakaian ikut syariat Islam. Kita boleh lihat sendiri semasa membeli belah dimusim hampir hari raya.

Situasi Kejahilan 2:

Kedai menjual kitab dan buku agama ada di mana-mana. Namun kita juga amat terkejut jika terdapat pekerja wanitanya berpakaian seluar jean ketat dan sendat. Jual kitab tetapi tidak ambil tahu apa yang ada dalam kitab. Kitab khusus bab aurat wanita ada berbagai judul tetapi tidak diambil peduli. Yang penting cukup bulan dapat gaji. Jual kitab agama pun tidak dapat hidayah.

Situasi Kejahilan 3:

Bila hampir menjelang Hari Raya Aidil Fitri, pusat jualan pakaian menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan wanita. Ramai wanita yang datang dengan berpakaian seksi, berselur jean ketat, Tshirt- Trend Fesyen Barat Kristian memilih fesyen baju kurung untuk pakai hari raya. Sudah jadi trend bila hari raya hendak ikut ajaran Islam. Lepas raya dedah aurat pula. Mengapa wanita kini jahil sangat ajaran Islam.

Situasi Kejahilan 4:

Seorang ibu dengan berpakaian sopan menutup aurat. Ayah memakai ketayap putih di kepala. Namun anak dara yang bersamanya berpakaian trend wanita barat, tidak menutup aurat. Mengapa ibu bapa yang berketayap putih tidak mampu mendidik anak perempuannya mematuhi syariat Allah. . Mengapa ribuan bapa yang memenuhi majid setiap solat Jumaat tidak ada kesedaran agama. Apakah mereka beragama sebagai adat sahaja. Inilah situasi yang amat menyedihkan dan bakal meninggal generasi yang akan berpakain baju dalam dan seluar dalam dimasa akan datang.

Memadai 4 situasi ini untuk kita fikir bersama. Belum lagi situasi drama dan filem orang Melayu yang pengarahnya mengelirukan Islam dalam berpakaian.

Rabu, 14 April 2010

RASULULLAH SAW SEBAGAI PEMIMPIN

TAZKIRAH


Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.

Rasulullah s.a.w. memiliki semua sifat-sifat kepimpinan yang diperlukan. Baginda adalah seorang yang bijaksana dan ahli ibadah. Baginda seorang pelaksana ajaran-ajaran Allah, Baginda seorang Pentadbir Negara, Baginda seorang panglima perang, Baginda seorang penyusun dan pelaksana Undang-undang, Baginda seorang pembina akhlak dan moral umat, Baginda adalah pembina dan pengukuh persaudaraan sesama Islam. Kepimpinan Baginda meliputi kehidupan dunia dan akhirat.

Segala yang ditinggalkan dan dicontohkan kepada kita adalah untuk ditaati, diikuti dan diteladani dalam menghayati kehidupan ini. Firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 69:

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan di tempatkan di syurga bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang Syahid serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka menjadi teman dan rakan kepada orang-orang yang taat".

Dalam rangka kita meneruskan kelangsungan hidup, contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah perlu kita hayati dan diterjemahkan sebagai amalan hidup kita seharian.

Hanya dengan berbuat demikian sahajalah kehidupan kita benar-benar bererti, benar-benar mendapat nur hidayah Allah SWT dari perutusan Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyelamatkan manusia dari belenggu Jahiliyyah melalui dua kalimah syahadah:

Kalimah "lailahaillallah" walaupun ringkas tetapi mengandungi makna dan tuntutan yang sangat besar, iaitu satu pengisytiharan bahawa tidak ada keagungan selain keagungan Allah, tidak akan tunduk dan mengabdikan diri melainkan kepada Allah, tidak akan mencari keredhaan selain keredhaan Allah serta tidak akan membentuk corak kehidupan selain corak kehidupan yang ditentukan oleh Allah. Ayat yang terkandung di dalamnya kalimah "Allah" adalah menyatakan hanya untuk mengesakan Allah, ianya tidak boleh diertikan dan disamakan dengan apa-apa jua perkataan lain secara nyata mahupun tersembunyi, kerana ia pasti akan membawa maksud mensyirikkan Allah.

Manakala "muhammadurasulullah ", merupakan pengisytiharan bahawa hanya melalui ajaran yang disampaikan oleh Baginda sahaja yang dapat menjamin kesejahteraan dan keutuhan umat manusia, hanya dengan menteladani kepimpinan Baginda sahaja mampu membawa masyarakat ke arah kehidupan yang tinggi nilai moral dan peradabannya serta dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Rasulullah s.a.w. bukanlah seorang ahli falsafah yang melahirkan hujjah akal semata-mata tanpa panduan wahyu atau menyampaikan pemikirannya yang tinggi melangit tanpa mengambil kira suasana alam nyata. Baginda bukan hanya seorang pendakwah yang bekerja memberi syarahan atau khutbah yang berapi-rapi yang sedap telinga mendengar, kemudian membiarkan masyarakat terpinga-pinga dengan lontaran bahasa yang menawan emosi dan perasaan. Baginda s.a.w. tidak membiarkan dengan hanya melihat kejahatan-kejahatan dan kemungkaran-kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat tanpa merancang program-program yang boleh membawa perubahan masyarakat secara menyeluruh ke arah kebaikan.

Apabila berhadapan dengan kaum musyrikin yang membentuk kumpulan-kumpulan pemidato dan penyair-penyair untuk menentang Islam, maka Baginda membentuk kumpulan-kumpulan penyair-penyair dan pemidato-pemidato Islam seperti Hasan bin Thabit r.a. bagi menyerang balas cemuhan mereka, apabila peperangan tidak dapat dielakkan maka Baginda berperang, tetapi apabila ada peluang berdamai maka Baginda tidak melepaskan peluang untuk berdamai. Baginda sentiasa bersedia menghulurkan tangan untuk berdamai.

Firman Allah dalam Surah Al-Fath, ayat 29:-

"Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasulullah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat ruku' dan sujud dengan mengharapkan keredhaan-Nya".

Keistimewaan Rasulullah dalam membentuk umat manusia dengan tidak menggunakan kekerasan tetapi mengubah manusia dengan semangat ukhuwwah dan kasih sayang serta memberi perhatian utama kepada soal persaudaraan dalam masyarakat.

Baginda Rasulullah adalah manusia yang paling pengasih dan mempunyai perasaan cinta yang tulen terhadap semua manusia. Baginda berjaya menyatu-padukan hati-hati penduduk Madinah tanpa mengira agama dan bangsa. Baginda berjaya menyatukan dan membina kekuatan ummah melalui ukhuwah Islamiah khususnya dalam memperkukuhkan negara Islam dan penyebaran dakwah kepada dunia luar.

Gambaran ihsan dan toleransi yang paling agung yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ketika pembukaan Kota Mekah, apabila Rasulullah s.a.w. telah memaafkan semua kesalahan penduduk Kota Mekah yang pernah menzalimi Baginda dan pengikutnya. Dalam khutbahnya ketika peristiwa tersebut, Baginda menyatakan dengan maksudnya;

"Sesiapa yang masuk ke rumah dan menutup pintu maka dia akan selamat. Barang siapa yang masuk ke Masjidil-Haram maka dia akan selamat dan sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufian maka dia akan selamat. Akhirnya Baginda bersabda lagi yang bermaksud: "Bersurailah kamu, sesungguhnya kamu dibebaskan". (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah s.a.w. diutuskan adalah untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Seluruh makhluk mendapat nikmat hingga ke akhir zaman. Kepada umat manusia khususnya ditinggalkan dua perkara selagi mana manusia tetap berpegang atau berpandukan kedua-dua perkara tersebut dalam kehidupan mereka nescaya mereka tidak akan sesat daripada hidayah Allah. Dua perkara itu adalah kitab suci Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya para sahabat, tabi'in dan ulama' silam telah berjaya menterjemahkan maksud Al-Quran dan As-Sunnah dalam segala permasalahan kehidupan. Mereka telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia tanpa menimbulkan perselisihan.

Namun apa yang berlaku kini amat membimbangkan, apabila timbul usaha yang mahumempertikaikan apa yang telah disepakati oleh ulama' dahulu.

Oleh itu kitahendaklah berwaspada terhadap usaha mereka yang mahu ukhuwwah di kalangan umat Islam hancur berkecai.

Marilah kita sama-sama berusaha melaksanakan tuntutan dan ajaran Al-Quran di samping mencontohi ciri-ciri unggul kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan mendalami sirah dan sunnah Baginda.

Isnin, 5 April 2010

KISAH AYAT QURSI

TAZKIRAH


















Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya.

Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya.

Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'

Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)