UMUM
"
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengahhari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan
kepala.
Pasti
ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.
"
Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak
pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? "
kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur?
Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar
apa yang mereka katakan itu.
"
Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang
tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".
" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi
memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan
ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit
pula enggan memberikannya wang.
"
Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak. " Mana emak ada
duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia
mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-t ahun dia mengidap darah
tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
"
Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata
gadis itu. " Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya. "
RM 20 aja! " si gadis berkata. " Tak ada," jawab ibunya. " Emak memang
kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
"
Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau
dengar! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun
habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; " kalau abang,
boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "
Serentak
dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si
ibu jatuh ke lantai. " Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil
mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis
tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana sunyi sepi.
Hampir
sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia
kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si
gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.
Jaimi
menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak
terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat
bantu."
"
Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur."
Kemudian
gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan
menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa
bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun
apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.
"
Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa
pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas
si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si
bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.
"
Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis
memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin
ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
ditanah. Tangisannya bertambah kuat.
"
Tolong saya ayah, tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah? " kata si
gadis sambil meratap. " Itulah, kamu yang buat emak sampai dia
meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si
ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
"
Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis.
Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak
boleh diempang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah,
Saida menyesal... Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis
lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian
gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang ubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu
lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut
perlu dikambus.
"
Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? "
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
"
Habis anak saya ?" tanya si bapa. " Kita akan terus cuba tarik dia
keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak
awak kita selamatkan," balas imam.
Lelaki
berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara pengebumian
terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun
kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.
Yang
menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila
talkindibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta
ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu,
orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
"
Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Naktengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami
lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang
sedang bersesak-sesak.
Setelah
penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami
telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada
kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
"
Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya
memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu? " saya
bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.
"
Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan
seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir
ada orangyang tahu. " Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.
Alhamdulillah,
setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup
perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak
melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendakmelihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas
meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.
Raie
mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke arah sebuah kubur.
Bila
dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadisberkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis
teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan
merintih; "Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada
emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."
Selepas
mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. "
Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya
lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka
sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan
gadis berkenaan.
"
Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir
menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.
Malangnya
saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie
memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran
lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak, ampunkan saya, Ya
Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."
Lantas
saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.
Semakin
lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun
datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan. Mereka merayu
bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu
terpaksa ditolak.
Matahari
kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih
begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam
itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di
telinga saya.
Saya
diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah
disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat
besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.
Embun
mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah
yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah
empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak
makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalusedih sangat dengan
apa yang dilakukannya.
Allah
Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya
kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
Wallahu'alam...