OLEH: USTAZ SHAMSUL HAKIM
A. DALIL TURUN AL QURAN DENGAN 7 HURUF:
B. HIKMAH PENURUNAN AL QURAN DENGAN 7 HURUF
Kemudahan dan keringan ke atas ummat Muhammad bagi membaca Al Quran kerana bangsa Arab yang diturunkan Al Quran kepada mereka lidah mereka berbeza-beza di antara satu sama lain , begitu juga cara sebutan mereka terhadap sesuatu huruf.
C. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HURUF YANG 7 ?
Berkata Fadilah Al Syeikh Abdul Fattah Al Qadhi ( pengarang kitab Al Wafi ) yang dipetik dari pandangan Al Imam Abil Fadh Al Razi : “ Yang dimaksudkan dengan huruf yang 7 adalah perubahan dan perbezaan dari 7 perkara:
- Perbezaan dari sudut kata nama sama ada dalam bentuk ifrad ( 1 ) atau at tathniah ( 2 ) atau al jam’ ( 3 ke atas ).
Contoh: { وأحاطت بِهِ خَطِيئَتُهُ } [ البقرة : 1 8 ]
- Perbezaan dari sudut tasrif af’al ( kata perbuatan ) dari fi’il madhi ( yang telah berlalu ) , fi’il mudhari’ ( yang sedang berlaku atau yang akan berlaku ) dan fi’il amr ( perintah ).
Contoh : { وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيمٌ النساء} (158)
{ قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكُمْ الزخرف} (24)
- Perbezaan wujuh al i’rab ( susun atur perkataan dalam jumlah ).
Contoh :
إِنَّ اللَّهَ لا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا ) [سورة النساء: 40]
- Perbezaan dari segi isbat ( kekalkan ) atau hazaf ( buangkan ).
Contoh :
{وَمَنْ يَتَوَلَّ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ - الحديد (24) }
- Perbezaan dari segi mendahulukan satu kalimah atau mengakhirkannya.
Contoh :
وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا – النساء 195
- Perbezaan dari segi ibdal ( menggantikan sesuatu huruf ke tempat sesuatu huruf ).
Contoh :
إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا ) فتثبتوا )
- Perbezaan dari segi lahajat ( cara sebutan ).
Contoh : Al fathu , al imalah , al idgham , al izhar , al taqlil.
- KESAN ILMU QIRAAT TERHADAP ILMU
- Bahasa : Memperlihatkan ketinggian dan kehebatan Bahasa Arab berbanding bahasa yang lain bahawa ia adalah pilihan daripada Allah untuk ummah seluruhnya.
- Ilmu feqh.
- KESIMPULAN
- Pengajian Ilmu Qiraat akan membawa kita melihat akan kebesaran , keagungan serta keluasan ilmu Allah.
- Ilmu qiraat juga menzahirkan akan mukjizat Al Quran.
- Ilmu qiraat menambahkan lagi keimanan kita bahawa Al Quran benar-benar daripada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan