Khamis, 28 April 2011

MAKLUMAT SEKITAR DOA

IBADAH


Waktu terbaik untuk berdoa


Waktu Yang Paling Baik Untuk Berdoa:

1. Antara adzan dan Iqamat.

2. Menjelang waktu shalat dan sesudahnya.

3. Waktu sepertiga malam yang terakhir.

4. Sepanjang hari Jum’at.

5. Antara Dzuhur dan Ashar, serta Ashar dan Maghrib.

6. Ketika Khatam membaca Al-Qur’an.

7. Ketika Turun hujan.

8. Ketika melakukan Thawaf.

9. Ketika menghadapi musuh di medan perang.


Doa yang dimakbulkan

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa”.

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan