Allah SWT telah mencipta makhlukNya dengan berpasangan termasuklah
manusia di mana manusia dari Adam AS. Kemudian Allah ciptakan daripadanya
Siti Hawa AS menjadikan berpasangan suami isteri sehingga lahirlah
keturunan yang ramai terdiri dari lelaki dan perempuan. Kedua insane yang
berlainan jenis ini saling perlu memerlukan antara satu sama lain justeru
itu timbullah bibit-bibit cinta dan perasaan kasih sayang ibarat
anak kecil merintih memerlukan belaian ibu yang dikasihi. Dan
seterusnya ingin berkongsi hidup sebagaimana makhluk yang lain yang melata di
bumi Allah ini.
Dalam
konteks ini, Islam telah memberi garis panduan bagaimana untuk memilih calon
suami dan calon isteri bermula dari pertunangan sehingga ke alam perkahwinan.
2) PERTUNANGAN
Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.
Peminangan ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya baik dilakukan olehnya sendiri ataupun dengan perantaraan pihak-pihak tertentu yang dipercayai ataupun keluarganya sesuai dengan kehendak Islam.
Ke Arah Pertunangan
Sebelum diadakan peminangan, langkah permulaan ialah memilih pasangan yang akan menjadi calon suami atau isteri mengikut lunas-lunas yang disyariatkan oleh Allah SWT.
Lelaki
yang paling diutamakan ialah lelaki yang soleh yang mempunyai pendidikan
agama yang sempurna serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Di mana
melalui panduan agama, seorang suami itu berwajiban menggauli isterinya
dengan baik dan memberi nafkah sesuai dengan tuntutan Islam.
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
Firman Allah Taala dalam surah An-Nisaa’ ayat 34: Maksudnya :
“Lelaki itu pemimpin yang bertanggungjawab atas kaum wanita dan kerana Allah
telahmelebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita)
dan kerana telah membelanjakan harta mereka”.
Dalam
ayat di atas jelas bahawa suami mempunyai kekuasaan terhadap isteri di
mana isteri hanya membantu suami dalam urusan rumahtangga. Lelaki yang
benar-benar dapat mengendalikan kewajiban seorang suami mestilah berupaya
menjadi ketua keluarga yang bertugas memimpin, mendidik dan memberi kasih
sayang terhadap rumahtangga.
Di antara
faktor penting dalam mengutamakan agama yang disarankan oleh Islam ialah :-
1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal
2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.
1. Mempunyai akidah yang sempurna dan kefahaman agama yang kukuh serta praktikal
2. Melaksanakan syariat Islam berdasarkan prinsip yang berterusan.
3. Mengamalkan sikap kesederhanaan dalam hidupnya.
4. Mengetahui besarnya ganjaran nafkah di dalam rumahtangga.
Selain
dari itu wajar bagi lelaki seorang yang tajam fikirannya, bijak menyelesaikan
masalah, mempunyai sifat-sifat yang mulia, seorang yang penyayang, suka
memberi dan menerima, bertolak ansur dan mengambil berat terhadap keluarganya.
Walau
bagaimanapun, sebagai kaum lelaki sudah masanya dari sekarang melengkapkan diri
dengan mencari dan mempelajari ilmu Islam sebanyak mungkin untuk persediaan di
hari muka. Oleh itu, ingatlah bahawa kaum wanita pada hari ini sudah
mengerti memilih calonnya di mana bukan sahaja lelaki yang kacak malahan
bijak pula dalam selok belok agama yang sememangnya layak menjadi suami.
Di antara garis panduan memilih calon isteri yang
dianjurkan oleh Islam ialah supaya pemilihan yang dibuat benar-benar dapat
menjamin kerukunan rumahtangga dan dapat menjadi aman damai serta diberkati
Allah sepanjang masa.
Aspek
yang utama ditinjau dari hadis Rasulullah SAW ialah dengan sabdanya, maksudnya
:
Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana
hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya
Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…”
Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :
Di antara yang disunatkan dan digalakkan memilih perempuan untuk dipinang ialah :
a. Zuriat yang banyak
Memilih perempuan yang boleh mendatangkan zuriat yang banyak memanglah
digalakkan oleh Islam. Di sini boleh diperhatikan dari sudut keluarganya
(keturunannya) di samping kesuburan tubuh badan di mana tidak
menghalang ianya hamil. Selain itu, umur juga boleh diambil kira
bagi mengekalkan zuriat yang banyak.
b. Anak gadis / bujang
Pemilihan anak gadis amat dititik beratkan
kerana di mana usia gadis, kurang bebanan peribadi. Segalanya-galanya
serba baru, dapat mengeratkan kasih sayang tanpa gangguan. Tenaga yang
masih muda dapat memberi sepenuh masa untuk suami. Walau bagaimanapun,
memilih seorang janda juga digalakkan sekiranya di sana ada tujuan yang baik
untuk memilihnya.
c. Sedikit mas kahwin
Perempuan yang menjadi pilihan adalah sedikit
belanja mas kahwinnya di mana mudah bagi pihak lelaki menjelaskannya dan sesuai
dengan tuntutan Islam. Sekiranya terlalu besar mas kahwin itu, bukan
sahaja menjadi keberatan bagi lelaki malah boleh memberi kesan yang negatif di
masa akan datang.
d. Bukan hubungan keluarga
Pemilihan ini bagi meluaskan skop keturunan
di mana keluarga akan bertambah ramai lagi dan mental sesebuah keluarga itu
boleh mempengaruhi hidup. Lebih-lebih lagi perhubungan sebuah keluarga
dengan keluarga dalam menemukan jodoh.
e. Baligh
Memilih perempuan biarlah ianya sudah cukup umur (baligh) di mana dapat
memahami ertu perkahwinan, berfikir secara orang dewasa, kurang memberi tunjuk
ajar, tidak mudah merajuk dan juga boleh hamil.
f. Akal
yang sempurna
Memilih akal yang sempurna ialah berfikir secara seorang muslim
yang soleh, gemar membaca Al-Quran serta memahaminya, mengetahui hala dan
haram, banyak bersabar, bertindak dengan adil dan juga menghormati hak dirinya
dan hak orang lain.
g. Sesuai (kufu)
Persesuaian adalah diperlukan untuk
memilih pasangan hidup lebih-lebih lagi dalam dunia moden ini di mana wanita
mempunyai kedudukan yang agak sama dengan kaum lelaki malah terdapat
lebih dari lelaki. Hal ini kadangkala menjadi isu besar di kalangan ibu
dan bapa hari ini, kononya anak perempuannya tidak sesuai
berkahwin. Tetapi dalam masa yang sama juga mereka telah
keluar dan bebas bergaul tanpa dilarang oleh ibubapanya.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 235, ertinya :
“Tidak berdosa meminang perempuan (yang dalam idah lagi dengan
kata sindirian)”
Sabda
Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, maksudnya:
“Apabila seorang dari kamu meminang perempuan, sekiranya
dia dapat lihat perempuan itu hendaklah dia melihatnya sehingga bertambah
keinginan kepada perkahwinan”.
Sebelum
meminang, seorang lelaki harus melihat perempuan yang akan dipinang pada muka
dan dua tapak tangan sahaja. Dan begitu juga sebaliknya dengan tujuan
untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya agar kedua-duanya dapat menepati
kehendak dan maksud masing-masing.
Menurut
pendapat jumhur ulamak, melihat pada perempuan dengan tujuan meminang hanya
tertentu pada muka dan dua tapak tangannya. Kerana dengan melihat
muka dapat diketahui kecantikan raut muka serta paras rupa untuk
calon isteri atau sebaliknya. Sementara melihat kedua tapak tangan
bertujuan supaya dapat mengetahui kesuburan badan.
Sabda
Rasulullah SAW, ertinya :
"Apabila salah seorang daripada kamu meminang perempuan maka tidak
berdosa atasnya melihat perempuan itu asalkan sahaja semata-mata untuk
meminangnya sekalipun dia tidak mengetahui”
Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang bernama Mughirah bin Syukbah,
sabdanya bermaksud :
Rasulullah SAW pernah menyuruh sahabatnya yang bernama Mughirah bin Syukbah,
sabdanya bermaksud :
“Lihat dahulu perempuan itu maka melihatnya adalah pokok utama bagi suami
isteri hidup dalam aman damai”
Keharusan pihak lelaki boleh melihat perempuan yang akan dipinang pada
anggota-anggota yang telah disebutkan sebelum ini walaupun dengan
tanpa keredhaannya, dan sebaik-baiknya kehadiran pihak lelaki
itu hendaknyalah waktu melihat itu dilakukan sebelum meminang, Ini
kerana seandainya ia tidak secucuk di hati pihak lelaki dengan
sebab-sebab yang tertentu bolehlah ia mengundurkan diri tanpa akan
menyakitinya.
Jika
kedapatan pihak lelaki tidak berupaya melihat perempuan yang akan dipinang oleh
sesuatu sebab, maka bolehlah ia mengutuskan orang tertentu yang
dipercayai sebagai perantaraan untuk pergi melihatnya. Ini
supaya orang tadi menerangkan sifat-sifat peribadi serta keadaan
perempuan itu yang mana bertujuan untuk mengahwininya.
Kedapatan beberapa perkara yang amat diambil berat oleh syarak dalam soal
pinang meminang iaitu :
a.
Peminangan tidak boleh dilakukan kepada wanita yang dipinang oleh seseorang
melainkan ianya telah melepaskan hak peminangannya.
Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, maksudnya :
"Orang muslim adalah saudara orang mukmin, maka tidak halal bagi seorang
mukmin meminang seorang perempuan yang sedang dipinang oleh saudaranya
hingga nyata sudah ditinggalkan”.
Sabda Nabi SAW, maksudnya :
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal
baginya. Maka sesungguhnya orang yang ketiga bersama dengannya ialah
syaitan kecuali bersama mahram.”
b.
Haram seorang lelaki meminang dengan cara terus terang seorang perempuan
yang di dalam eddah sama ada raj’i atau bain
atau eddah wafat. Dan haram meminang cara sindiran perempuan yang
di dalam eddah raj’i, dan dibolehkan meminang secara sindiran
perempuan yang di dalam eddah wafat tanpa khilaf dan diharuskan juga meminang
perempuan yang dalam eddah bain sama ada disebabkan perceraian atau
fasakh menurut pendapat yang terkuat dari pendapat Imam Syafie.
Contoh ayat Sareh :
“Apabila telah habis eddahmu, aku akan berkahwin dengan kamu”.
Contoh ayat Kinayah :
“Kamu ini cantik, banyak lelaki inginkan kamu”.
c.
Wanita yang akan dipinang bukan mahramnya yang mana dilarang dalam perkahwinan.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
“Lihatlah dia (bakal tunangan) dengan ini akan lebih menguatkan
(mengeratkan) perhubungan kamu berdua”.
Perlu
diingat walaupun Islam mengharuskan melihat perempuan ajnabi dengan
tujuan meminang tetapi janganlah ia mengambil peluang untuk memuaskan perasaan
atau hawa nafsunya. Malahan menjadi haram semula sekiranya hajat
melihatnya itu sudah mencukupi atau langkah peminangan.
Di antara tujuan pertunangan ialah :
1. Persetujuan mengikut janji untuk perkahwinan.
2 Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling.
3 Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara
keluarga kedua belah pihak.
4. Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk
ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.
5. Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain
pemberian.
6. Untuk menentukan tarikh, tempat dan hari
perkahwinan yang dipersetujui.
7. Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum
mendirikan rumahtangga.
Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri yang disebutkan
oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:
Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri yang disebutkan
oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:
Sebaik-baik
perempuan (isteri) apabila kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami),
apabila disuruh oleh kamu dia mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia
sentiasa menjaga dirinya dan harta kamu”.
Wajar
juga wanita yang bijak mengatur rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan
pandai menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini
diambil kira di dalam memilih jodoh.
1. Memulai majlis meminang dengan bertahmid.
2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga
lebih baik supaya mereka yang bertandang untuk meminang.
3 Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan
boleh diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak
dengan janji tertentu dan tidak memakan masa yang lama.
5. Wakil yang adil menyampaikan hajat pinang mengikut
adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.
6 Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.
Walaupun setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan
dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan
tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi
dengan ajnabiah yang lain.
Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana
perhubungan itu dengan baik agar tidak bertentangan dengan
ajaran-ajaran Islam yang maha suci.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan