Surah
Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut
hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang
keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh
diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh
Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi
memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama
Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau
seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman.
Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani
melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina
Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.
Semasa
Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan,
Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina
Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut
ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan
bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan
adiknya telah memeluk Islam.
Saidina
Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca
Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya.
Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai
balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau
berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang
begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah
kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas
peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke
titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos
(633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah
satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah
memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana
dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika
ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut,
Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah
SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW: "Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian
kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi
Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke
arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku
Al-Faruq!
Dengan
islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan
menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di
BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga,
orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang
beribadah kerana takut kepada Umar.
Maksudnya:
- Taa. Haa.
- Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
- Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
- Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
- Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca
doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada
hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan
sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak.
InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan