IBADAH
SOLAT HAJAT:
Solat
sunat hajat adalah solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat
yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat
dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir.
Solat sunat ini
dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada
sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu
memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai.
Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan
mudah di makburkan.
Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.
Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa”
Ertinya:
“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”
SEBENARNYA
SOLAT HAJAT BOLEH DILAKUKAN DALAM 22 CARA SOLAT. HANYA CARA SOLAT HAJAT
PERTAMA SEHINGGA CARA SOLAT HAJAT KEEMPAT DITERANGKAN KALI INI.
1.Cara Solat Hajat yang pertama –
Dibuat sebanyak 2 rakaat, Baca mana-mana ayat lazim selepas surah
Al-Fatihah. Selepas salam masih mengadap kiblat, baca surah Alam nashrah
(Al-syarh) sebanyak 152 kali. Kemudian mohonlah segala hajat pada Allah
SWT.
2.Cara Solat Hajat yang kedua –
Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali
dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah
sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.
Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali:
"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".
Kemudian membaca Tasbih 10 kali:
"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."
Kemudian Doa ini 10 kali:
"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."
Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.
3.Cara solat hajat yang ketiga –
Sebelum solat, mengucapkan Asktag-firullah uladzim seberapa banyak yang
boleh untuk memohon keampunan dan keredaan daripada Allah SWT.
Baca
Al-Fatihah sekali dan hadiah pahalanya kepada Nabi besar SAW, seterusnya
kepada sekalian roh sahabat-sahabat, keluarga-keluarga mereka,
para-para tabi’in, wali Allah dan ulama as solihin serta kaum Muslimin
dan Muslimat.
Kemudian baca Surah Yasin sebanyak 4 kali berturut-turut kemudian baca doa berikut:
“Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Suci (Allah)
yang melepaskan dari setiap hutang,Maha Suci (Allah) yang melegakan dari
setiap kesedihan. Maha Suci (Allah) dimana urusanNya diantara Kaf dan
Nun,Maha Suci (Allah) dimana apabila Dia berkehendak untuk membuat
sesuatu, Dia akan berkata; jadi, maka iapun terjadi. Wahai Yang Maha
Hidup dan Maha Berdiri, rahmatilah penghulu kami Muhammad
dan lakukanlah untukku (tunaikanlah hajat ini)…………sebutkan apa-apa
hajat anda dan anda bangun untuk menunaikan solat hajat sebanyak dua
rakaat seperti kaifiat solat hajat yang ke-2 tadi.
4.Cara solat hajat yang keempat –
Dibuat sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Mulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahiim sebanyak 786 kali. Kemudian solat sebanyak 6
rakaat dan 3 salam berturut-turut. Pada setiap rakaat hendaklah membaca
Al-Fatihah dan diiringi surah Alam nashrah (Al-syarh) sebanyak 15 kali
seterusnya dibuat setiap-tiap rakaat.
Apabila selesai baca doa ini:
Ertinya:
“Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, wahai Allah
sesungguhnya aku meminta dan kelebihan nama Allah Ar-Rahman dan
Ar-Rahim. Dan aku meminta dari Mu dengan kebesaran nama Ar-Rahman dan
Ar-Rahim. Dan aku meminta dariMu dengan kemuliaan dan kekayaan nama
Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.Dan aku meminta dariMu dengan kehebatan
nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan kehormatan nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan jabarut dan malakut dan kebesaran nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan dengan keagungan, kekuatan dan kudrat nama
Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim, angkatlah qadarku, permudahkanlah
urusanku,tutupilah kelemahanku dan cukupkanlah kefakirannku”
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan