Selasa, 16 Mei 2017

BID'AH-BID'AH DI HARI RAYA

Dari : fiqh sunnah


Perbuatan Makan Dan Berzikir DiKuburan Pada Hari Raya
 
Antara bid’ah kaum-kaum jahiliyah ialah :
1. Mengkhususkan ziarah kubur di Hari Raya. 
2. Duduk membaca Yasin, berzikir, bertahmid.
3. Menanam pokok.
4. Menabur bunga.
5. Mencantikkan kubur, menghiasnya.
6. Menutup kepala nisan dengan kain putih atau kuning.
7. Menangis, meratap, meraung.
8. Bertawassul dengan ahli kubur.
9. Membawa makanan untuk bersantap di kuburan. 
Di dalam hal ini, Imam as-Syafie rahimahullah mengharamkannya dan beliau berfatwa:

ويكره …. نقل الطعام الى القبور

“Dimakruhkan (haram) membawa makanan ke kuburan”. (Lihat: الطالبين اعانة (ina’atu at-Tholibin) Juz. 2 hlm. 146)

Haram menyambut Hari Raya di kuburan termasuklah di kubur para nabi, wali atau mana-mana kubur, kerana tidak ada Hari Raya kubur (عيد القبر). Nabi sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda:


عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا

“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. (Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042)


Imam Syafie rahimahullah mengharamkan duduk di atas kubur, beliau berlandaskan kepada hadis:

لاَنْ يَجْلِسَ اَحَدُكُمْ عَلَىجَمْرَةٍ ، فَتَحرق ثِيَابَهُ ، فَتخلص اِلَىجَلْدِهِ خَيْرٌ مِنْ اَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْر

“Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah: Jika salah seorang kamu duduk di atas bara api membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan”. (H/R Muslim, 3/62. Abu Daud 3228. Ahmad 2/311. Baihaqi 4/79. Ibnu Majah dan An-Nasaii)

Imam Syafie berfatwa: Membaca al-Quran untuk menghadiahkan pahalanya kepada orang mati adalah perbuatan yang haram dan sia-sia, kerana tidak sampai kepada Si Mati. Beliau berfatwa:

ان القراءة القرآن لايصل اهداء ثوا الى الموتى لانه من عملهم ولا كسبهم ولهذا لم يندب اليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا ارشدهم اليه بنص ولا اعاء

“Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada Si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menujukkan kepadanya walau melalui satu nas atau seruan”. (Lihat: Tafsir Ibn kathir 4/335)

Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu menghapuskan setiap amalan-amalan bid’ah, terutama yang telah dijelaskan dalil-dalilnya dan telah difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah.

Bid’ah-Bid’ah Di Malam Hari Raya

Para aktivis bid’ah (مُبْتَدِع) terutamanya dari kalangan tariqat sufi/tasawwuf dan yang jahil tentang hukum ahkam syara’, menghidupkan beberapa bid’ah yang berupa talbis syaitan seperti bersolat, berzikir dan berwirid yang diterima dari hasil ciptaan syeikh-syeikh sufi yang diambil dari hadis-hadis lemah. Antaranya hadis tersebut ialah:

مَنْ اَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلاَضْحَى ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْب.
“Sesiapa menghidupkan malam Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha, tidak akan mati hatinya di hari hati-hati dimatikan”. (Hadis Mungkar/palsu)

Kenduri Arwah Sempena Hari Raya

Berkenduri arwah (majlis tahlil) dipagi Syawal setelah solat, atau ke kubur berziarah sambil bertahlil dan membawa bunga serta kain penutup nisan. Semuanya itu telah diharamkan. Terdapat athar sahih mengharamkan menyediakan makanan, berzikir beramai-ramai dan berkumpul semula setelah kematian kerana ia menjadi ratapan:

عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ : كُنَّا نَرَى وَفَى رِوَايَةٍ كُنَّا نَعُدُّ) الاِجْتِمَاعَ اِلَى اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ (بَعْدَ دَفْنِهِ) مِنَ النِّيَاحَةِ
“Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali ia berkata: Kami (para sahaba) memandang (di riwayat lain menganggap) berkumpul-kumpul di tempat mayat dan menyiapkan makanan sesudah kematian (lepas dikebumikan) adalah termasuk dalam hal meratapi Si Mati.” (Dikeluarkan oleh Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 
Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716) Agar kesucian sunnah terpelihara semasa menyambut Idul Fitri dan Idul Adha, maka hindarkanlah segala bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul dan maksiat semasa merayakannya. Janganlah cemari Hari Raya dengan perkara-perkara yang menyalahi sunnah atau syariat. Wa-Allahua’lam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan