Ahad, 8 November 2009

KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA DIKALANGAN MUSLIM

KEKELUARGAAN

Oleh Syaiful


Apa itu merancang harta?

Pengurusan harta yang berkesan dan sah dari segi undang-undang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut undang-undang selepas kematiannya.

Kenapa kita perlu merancang?

“Kaki manusia tidak akan melangkah, pada hari pembalasan kecuali sehinggalah dia disoal tentang lima perkara:

1. Masa hidupnya – bagaimana dia menggunakan hartanya

2. Masa mudanya dan tubuhnya-bagaimanakah dia menggunakannya

3. Kekayaannya-bagaimanakah dia mendapatkan

4. bagaimanakah dia menghabiskannya?

5. Apakah dia telah amalkan pada perkara yang dia telah tahu?”

Diriwayatkan oleh At-Tarmizi.

Sumber hukum dalam Islam.

Primer (Utama)Sekunder (Kedua).

Al-Quran Maslahah Mursalah.

(Kepentingan Umum) Sunnah Urf (Adat)

Ijma’ Qiyas


Apakah sistem pembahagian harta pusaka di malaysia?

· Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian

· Menyelesaikan hutang hutang (dunia dan akhirat)

· Menyelesaikan tuntutan harta sepencarian

· Melaksanakan wasiat

· Membahagikan harta yang tinggal mengikut Sistem Faraid

Akibat tidak merancang harta pusaka

Jika tidak merancang harta pusaka semasa hidup, pelbagai akibat akan berlaku selepas kematian sekiranya waris waris anda:

· Tidak mengetaui ilmu tentang pengurusan harta pusaka

· Tidak mengambil berat persoalan faraid

· Tidak ambil berat halal dan haram

Bermakna sekiranya semasa hidup, anda tidak mahu merancang harta pusaka, maka saksikan akibatnya apabila meninggal dunia nanti, seperti:

· Melihat waris waris melakukan dosa kerana:

· Memakan harta secara batil

· Memakan harta anak yatim

· Memakan hak si mati yang belum dibersihkan

· Menyaksikan 1001 fitnah harta yang berlaku kerana:

Waris-waris akan saling zalim menzalimi sesama mereka

Pemegang amanah merasakan harta pusaka peninggalan si ayah adalah haknya, sedangkan dia hanya pemegang amanah

Berbagai kemelut harta yang kita tidak tahu bila kesudahannya

Berkenaan dengan perancangan harta pusaka, walaupun tidak ada ayat ayat Al Quran yang menceritakannya secara tepat melainkan ayat ayat pembahagian faraid, namun banyak ayat ayat yang mengajak kita memikirkan tetang perancangan harta pusaka ini. Sebagai contoh;

· Penyesalan orang mati, yang memohon kepada ALLAH s.w.t moga dipanjangkan umurnya kerana tidak sempat untuk berbuat kebaikan, tidak sempat hendak bersedekah, tidak sempat hendak beramal. Sedang dia alpa dengan kehidupan, tiba tiba mati datang menjemputnya. Hal ini ada diceritakan dalam firman ALLAH s.w.:

“Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan kematianku kepada satu waktu yang dekat (yang diketahui). Sekiranya demikian, nescaya aku akan dapat melakukan sedekah dan aku akan berbuat baik bersama mereka yang baik! (surah Al Munafiqun ayat 10).”

· ALLAH s.w.t sendiri ada memberitahu hamba-Nya agar bersiap sedia membuat perancangan dalam beramal agar tidak menyesal apabila kematian datang menjemput.

Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah memberitahu kepada umatnya akan tanda-tanda kematian agar beringat. Antara tanda tandanya:

· Uban sudah bertabur

· Mata sudah kabur

· Gigi sudah gugur

· Kulit sudah kendur

· Makan nasi bubur

Banyak lagi bentuk bentuk peringatan daripada ALLAH s.w.t yang menuntut supaya beringat tentang kematian. Beringat agar berbuat kebajikan kepada waris waris terutamanya anak anak yang bakal ditinggalkan.

Yang pasti di hadapan sekarang ini, akan ketemu pada bila bila masa ialah mati. Hidup belum pasti, tetapi mati itu sudah pasti. Cuba renungkan:

· Siapa yang di pagi pagi hari berani mengatakan dia akan sempat hidup sehingga ke petang?

· Siapa yang sedang berada di pejabat berani mengatakan dia akan sempat pulang ke rumah untuk makan malam bersama ahli keluarga?

· Siapa yang sedang bertunang berani mengatakan pasti dia akan sempat berjabat tangan dengan tuan kadi tanda termeterai akad pernikahan?

· Siapa yang merasa tubuh badannya sihat kerana banyak bersenam dan banyak makan vitamin berani mengatakan pasti dia boleh hidup sehingga usia 100 tahun?

Tetapi yang sudah pasti, berapa ramai yang mengatakan sedemikian akhrinya berkesudahan dengan peristiwa sebaliknya?

· Bayi yang disangka sihat, rupanya hanya sempat hidup untuk beberapa saat

· Bakal pengantin lelaki yang sedang bersiap di malam hari, rupanya menemui ajal dalam kemalangan esok harinya ketika sedang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan

· Ayah yang terlalu ingin makan malam bersama ahli keluarganya, bersama isteri dan anak anak, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dirompak dan dibunuh oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.

· Anak anak yang sedang menantikan kepulangan ibu bapanya tidak kesampaian untuk bertemu mereka kerana rentung dalam kebakaran yang tidak diduga

· Dan berbagai lagi yang semua tu membawa kita kepada penyesalan yang berpanjangan sekiranya kita enggan berfikir dan bermuhasabah.

Kadang kala kita begitu sibuk membuat perancangan ketika hidup untuk benda yang belum pasti. Untuk benda yang tidak pasti kita sanggup untuk bersusah payah, bergolok bergadai, sedangkan semua itu masih belum pasti. Maka, bagaimana pula dengan satu benda yang sudah pasti, iaitu MATI?

Memang wajar membuat perancangan dari sekarang kerana mati adalah satu perkara yang memang pasti.

Bermakna apabila disebut merancang pusaka, jangan anda katakan;

“Eleh! Aku bukannya ada harta”

“Harta yang ada pun tidak cukup, buat apa sibuk rancang yang bukan bukan.”

“Orang kaya-kaya sahaja yang kena rancang pusaka”

“Aku miskin, buat apa sibuk rancang pusaka”

“Buat apa sibuk rancang pusaka. Aku bukannya banyak harta. Hutang banyaklah!”

Merancang pusaka bukan hanya untuk orang banyak harta sahaja. Orang yang tidak ada harta tetapi banyak hutang lebih lebih lagi dituntut merancang pusaka.

Sekirannya semasa hidup anda ada berhutang dan tidak dapat melunaskan hutang piutang lalu meninggal dunia, maka bagaimana dengan nasib di alam barzakh nanti?

Bagaimana dengan nasib roh anda nanti? Oleh itu sekiranya ada berhutang, cuba berusaha mencari jalan bagaimana untuk melunaskan hutang hutang semasa hidup.

Ini juga dinamakan merancang pusaka, iaitu berusaha untuk tidak menyusahkan waris waris pada kemudian hari. Masakan anda sanggup membebani mereka dengan masalah hutang hutang anda.

“Mengikut undang undang di Malaysia, jika seseorang membuat wasiat, ini akan memudahkannya mendapat surat kuasa / pentadbir. Oleh kerana itu adalah di cadangkan semua orang Islam yang mempunyai harta membuat wasiat dan boleh disebutkan kepada ahli warisnya mengikut undang undang Islam”

(Al Marhum Prof Dato’ Hj Ahmad bin Hj Ibrahim di seminar faraid peringkat kebangsaan paa 22-23 Syaaban 1403H bersamaan 4-5 Jun 1983)

“Para alim ulama’ telah sependapat bahawa hukum menulis SURAT wasiat adalah sunat muakkad (digalakkan) dan ia boleh menjadi wajib sekiranya kita mempunyai hutang. Bermakna WAJIB kita mengamanahkan WASI untuk melunaskan hutang hutang kita serta memastikan kebajikan anak-anak (waris) kita”

Ustaz Md Ghazali Ibrahim (Kenapa Mesti Merancang Pusaka)

Sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi

“Orang yang malang adalah orang yang tidak sempat berwasiat.” (riwayat Ibnu Majah)

“Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan ini dan sunah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan” (riwayat Ibnu Majah)

Hujjatul Islam Imamul Ghazali berkata, “setiap orang Islam hendaklah menulis surat wasiat sebelum setiap kali ingin tidur malam!”

Firman ALLAH s.w.t

“diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara makruf (ini adalah) kewajipan ke atas orang orang yang bertakwa” (surah Al Baqarah ayt 180)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan