KOMEN
Oleh : Ahmad Nizam
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Islam adalah untuk semua tidak kira bangsa, warna kulit, keturunan dan sebagainya. Islam tidak membeza-bezakan manusia dari segi lahiriah melainkan yang membezakan manusia hanyalah TAQWA. Manusia yang paling MULIA ialah yang paling berTAQWA. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi insan MULIA asalkan dia mempunyai sifat TAQWA.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal “ Surah Al Hujuraat : Ayat 13
Rasulullah S.a.w bersabda yang maksudnya, “Sesungguhnya Allah tidak akan melihat bentuk-bentuk tubuhmu dan harta kamu tetapi akan melihat isi hati kamu dan amal-amalmu”. (Hadith Riwayat Muslim, Shahihul Muslim, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).
Sabdanya lagi yang bermaksud, “Tiada kelebihan seseorang terhadap yang lainnya melainkan dengan taqwa kepada Allah”. (Hadith Riwayat Abu Bakar Albazzar, tafsir Ibnu Katsier juz 7 hal 322).
Hanya Taqwa yang membezakan antara manusia dan tiada manusia yang dapat menentukan tahap KETAQWAAN seseorang melainkan Allah sahaja yang tahu. Ini bermakna kita tidak boleh membeza2kan kelebihan yang ada pada seseorang kerana kelebihan yang dipandang oleh Allah hanyalah taqwa dan hanya Dia sahaja yang tahu.
Islam dengan JELAS mengajar manusia agar mengelakkan sikap perkauman / rasisme ataupun tidak adil terhadap sesuatu kaum. AlQuran dengan JELAS menegaskannya;
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al Hujuraat : Ayat 11
Kristian agama rasis?
Tetapi berlainan sekali dengan Kristian yang menggalakkan sikap perkauman / rasisme antara manusia. Mereka menganggap bahawa mereka adalah anak2 Allah, dan manusia selain mereka adalah ibarat hamba sahaja. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka juga adalah HAMBA ALLAH, tetapi mereka tidak mengakuinya dan merasa bangga mengatakan mereka adalah umat pilihan / anak2 Allah.
Yesaya 60:12 “Bangsa dan kerajaan yang tak mau mengabdi kepadamu (Israel), akan binasa dan hilang lenyap”
AlKitab mengajar bahawa orang bukan Yahudi mesti mengabdikan diri kepada orang Yahudi, jika tidak ingin binasa dan lenyap. Maka tidak hairanlah sekarang ini kita lihat adanya PENGHAPUSAN ETNIK di Palestine oleh kerajaan Israel. Bagi mereka membunuh orang2 Palestine itu bukan satu dosa malah satu jihad bagi pihak mereka untuk mengembangkan umat mereka yang mereka gelarkan sebagai anak2 Allah.
Sejarah umat Yahudi sememangnya suka mengubah2 firman2 Allah. Begitulah yang terjadi dalam kitab2 mereka dari dahulu lagi termasuklah Perjanjian Lama. AlQuran sudah jelas menerangkan tabiat buruk kaum Yahudi itu.
“(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, Kami kutuk mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka mengubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhya Allah menyukai orang-orang berbuat baik.” Surah Al Maa’idah : Ayat 13
Di dalam Perjanjian Lama sendiri ada menceritakan tentang tabiat orang2 Yahudi itu.
Ulangan 31:24 Lalu Musa menuliskan hukum Allah dalam sebuah buku. Ia menuliskannya dengan teliti dari awal sampai akhir.
31:25 Ketika selesai, ia berkata kepada para imam Lewi yang ditugaskan untuk mengurus Peti Perjanjian,
31:26 “Ambillah buku Hukum Allah ini, dan taruhlah di sebelah Peti Perjanjian TUHAN Allahmu, supaya tetap ada di situ sebagai kesaksian terhadap bangsa itu.
31:27 Saya tahu mereka sangat keras kepala dan suka memberontak. Selagi saya masih hidup pun mereka berontak terhadap TUHAN; apalagi nanti, sesudah saya mati!
31:28 Sekarang suruhlah semua pemimpin bangsa dan para perwira berkumpul di depan saya, supaya saya dapat menyampaikan hal-hal ini kepada mereka. Langit dan bumi saya panggil sebagai saksi terhadap mereka.
31:29 Saya tahu bahwa sesudah saya mati, orang-orang itu akan menjadi jahat dan menolak apa yang sudah saya ajarkan kepada mereka. Dan kelak mereka ditimpa bencana, karena membuat TUHAN marah dengan melakukan apa yang dilarang-Nya.”
Lagi contoh ayat lagi yang menggalakkan perkauman / rasisme dalam Perjanjian Lama ialah ;
Ulangan 23:19 Kalau kamu meminjamkan uang kepada orang asing, kamu boleh minta bunga. Tetapi kalau kamu meminjamkan uang atau makanan atau barang lain kepada orang sebangsamu, pinjaman itu harus diberikan tanpa bunga. Taatilah perintah itu, maka TUHAN Allahmu memberkati segala sesuatu yang kamu lakukan di negeri yang kamu duduki.
Ulangan 14:21 Janganlah kamu memakan bangkai apapun, tetapi boleh kau berikan kepada pendatang yang di dalam tempatmu untuk dimakan, atau boleh kaujual kepada orang asing; sebab engkaulah umat yang kudus bagi TUHAN, Allahmu. Janganlah kaumasak anak kambing dalam air susu induknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan