Sabtu, 22 Mei 2010

ETIKA PEMAKAIAN DALAM ISLAM

AKHLAK

Definisi Pakaian - Dalil Pensyatiatan Pakaian ( Bahagian 1 )

Skop Larangan Penyerupaan

Rasulullah s.a.w telah mengutuk dengan keras perlakuan penyerupaan ini melalui hadith sahih di bawah;

عن بن عباس عن النبي صلى الله عليه وسلم ثم أنه لعن المتشبهات من النساء بالرجال والمتشبهين من الرجال بالنساء

Daripada Ibn Abbas daripada Nabi s.a.w sesungguhnya ia melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai daripada wanita dengan lelaki-lelaki dan lelaki-lelaki yang menyerupai daripada lelaki dengan wanita. ( Al-Bukhari : 5885 )

عن أبي هريرة قال ثم لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجل

Daripada Abi Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki ( Abu Dawud 4098 ).

Berhubung penjelasan kepada larangan Rasulullah s.a.w dalam dua hadith ini, kita perlu meneliti dalam dua dimensi; i. Penggunaan kalimat laknat. Laknat dalam pemakaian bahasa harian adalah menginginkan sesuatu yang buruk dan binasa kerana laknat itu bermaksud kutuk dan hina. Malah, dalam penggunaan mana-mana bahasa di dunia ini perkataan laknat tidak pernah dipadankan dengan perkara baik. Kalau ada yang mendakwa dipakai juga untuk makna yang baik dan sejahtera, kita kena buat forum dan perdebatan lain..


Kutuk dan murka daripada “pihak yang lebih atas” sangatlah dalam dan agung analoginya dan dalam konteks syariah “pihak atas” ialah Allah s.w.t yang berkuasa mutlak mengubal syariah atau undang-undang. Jika kita kaitkan dengan perlakuan penyerupaan lelaki dan perempuan terhadap budaya berpakaian, memperlihatkan sikap syarak yang sebenarnya membenci dan tidak senang dengan perlakuan tersebut. Lalu syarak berkomunikasi dalam bentuk yang agak “keras” supaya yang silap cepat membetul diri, yang jahil terus belajar, yang tak faham segera bertanya dan yang sudah sedar dan beramal soleh makin mantap keimanannya. Ungkapan “laknat” seolah-olah memberikan satu “sentakan” dan “kejutan” dalam kesedaran manusia. Maha Bijkasana Engkau Ya Allah !


Hal tersebut memberikan penunjukan bersuluh bahawa perbuatan penyerupaan silang jantina bukan sahaja haram, malah layak menerima kutukan, sindiran dan ingatan buruk. Perlakuan non-tabie sesuatu yang membibit perlanggaran kepada fitrah kelelakian dan kewanitaan yang membawa kemusnahannya.i. Penyerupaan secara umum dan menyeluruh dan mana-mana bentuk Dalam hadith pertama melalui riwayat Ibn Abbas, Rasulullah s.a.w mengutuk dan mengharamkan sama ada lelaki atau wanita menyerupai secara umum. Persoalannya, kenapa Rasulullah s.a.w bersabda sedemikian sedangkan tidak lebih mudah dan senang untuk difahami oleh semua golongan manusia tanpa mengira taraf pendidikan daripada ulama atau orang awam, pemimpin atau rakyat, bapa atau anak dan sebagainya. Jika ada yang terfikir begitu, katakan bahawa kerangka perkataan Rasulullah s.a.w itu memikul pengertian yang lebih istimewa dan komprehensif kerana keinginan sebenar syarak (Waallahu’alam) ialah menegah dan membenci penyerupaan lelaki dan wanita dalam semua aspek mencakup sifat dan fizikal yang khusus kepada jantina berlawanan seperti cara bercakap, gaya berjalan, rambut, berhias dan lain-lain. Oleh itu, penegasan kedua terhadap objektif primer dan jelas daripada hadith riwayat Ibn Abbas ini ialah menjadi “induk” atau “ibu” kepada sistem kawalan fitrah kejantinaan yang menjamin kewanitaan dan kelakian seseorang terpelihara secara menyeluruh.

Kefahaman ini dipertaut dengan hadith kedua di atas melalui riwayat Abu Hurairah yang bertindak sebagai “penerang” atau “pembayan” kepada cabang-cabang larangan penyerupaan lelaki dan wanita melalui penonjolan pakaian yang menjadi penterjemah kepada naluri seseorang.

Tidak Menyerupai Pakaian Lelaki

Manusia perlu menerima hakikat secara jujur bahawa setiap jantina mempunyai keistimewaan tersendiri yang secara langsung membedakan di antara satu sama lain. Perbezaan tersebut merupakan sunnahtullah yang difitrahkan kepada setiap lelaki dan perempuan supaya setiap jantina saling bertaut melaksanakan tanggungjawab khalifatullah di bumi. Seseorang yang bijaksana pasti menilainya dari sudut keindahan identiti jantina tersebut yang sangat indah dan istimewa. Hanya orang bodoh dan jahil sahaja yang membuang identitinya dan melanggar hak orang lain serta mengambil sesuatu yang bukan haknya.


Dari mana seseorang itu boleh dikenal pasti kejantinaannya bahawa ia seorang lelaki atau wanita jika tidak melalui pengecaman cara berpakaian. Hal ini disebabkan, dalam Islam tubuh atau fizikal seseorang pada zahirnya ditutup dari pandangan dengan pakaian. Justeru, secara praktikal kita tidak mampu mengenal secara mudah jantina seseorang melainkan ia berpakaian menurut fitrah kejantinaannya. Oleh itu, objektif utama berpakaian bukan sahaja menutup aurat malah, memberikan identiti kepada kejantinaan seseorang supaya masyarakat tidak bercampur-baur antara jantan dan betinanya.


Lebih besar daripada itu, penyerupaan wanita dengan lelaki dan begitulah sebaliknya melalui budaya berpakaian sebenarnya satu isyarat terbuka perlakuan melanggar penciptaan Allah s.w.t yang telah menentukan had-hadnya secara adil dan bijaksana supaya wanita kekal asli sebagai wanita dan lelaki tetap original dengan kelakiannya. Dengan maksud yang lain, keaslian wanita itu terpelihara dan terjamin dalam semua aspek dan cabangnya bermula dari suara, aurat, kelembutan, rambut, perhiasan, pakaian dan lain-lain. Tidakkah saudari merasa hebat dan bertuah bahawa hanya saudari sahaja yang memiliki keperibadian wanita dan lelaki diharamkan meniru atau mencemplak keperibadian anda. Maka apakah kewajaran anda beria-ia melempar ketulenan tersebut dengan berlagak berpakaian lelaki !


عن أبي هريرة قال ثم لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة والمرأة تلبس لبسة الرجل

Daripada Abi Hurairah berkata; Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki ( Abu Dawud 4098 )

Hadith riwayat Abi Hurairah di atas melarang keras penyerupaan dalam konteks pakaian secara khusus. Maksudnya wanita secara khusus diharamkan menyerupai pakaian lelaki dan lelaki juga diharamkan secara khusus menyerupai atau meniru pakaian wanita. Wanita dan lelaki yang saling menghormati etika pakaian masing-masing mewujudkan suasana adil dan selamat. Tetapi jika salah satu jantina menceroboh seperti lelaki berpakaian wanita, perlakuan ini telah merosakan keseimbangan fitrah bukan sahaja kepada kaum lelaki yang berpakaian wanita sahaja, malah kepada kaum Hawwa juga yang telah tidak senang dengan sebab adanya “wanita tiruan”. Dalam bahasa berseloroh, nanti susah masyarakat nak cam wanita original dengan wanita klon.


Masyarakat perlu melihat impaknya secara bijaksana dan serius. Persoalan ini bukan permasalahan remeh lantaran kita begitu rakus memperkira aspek loba ekonomi dan membina megah, mercu menaraberkembar bersifat fizikal sehingga apabila muncul kemelut ini di depan mata, kita tidak merasa cemas dan membinasakan tamadun kemanusiaan. Ibn Taimiyyah melahirkan kekhuatirannya berhubung masalah ini dengan tintanya;


“wanita yang menyerupai lelaki akan membentuk akhlak seperti mereka sehingga penyerupaan itu membawa kepada bertabarruj, menonjol diri, bergaul dengan lelaki yang mengakibatkan sesetengahnya menampakkan tubuhnya seperti lelaki, menuntut penguasaan ke atas kaum lelaki seperti mana mengatasinya lelaki ke atas mereka dan melakukan perkara yang bertentangan dengan sifat malu yang disyariatkan kepada wanita. Tahap ini terhasil dengan semata-mata menyerupai


Pandangan Ulama Berhubung Penyerupaan


Pandangan imam al-Nawawiy dalam permasalahan ini amat jelas. Beliau menegaskan;

قال النووي حرمة تشبه الرجال بالنساء وعكسه لأنه إذا حرم في اللباس ففي الحركات والسكنات والتصنع بالأعضاء والأصوات أولى بالذم والقبح فيحرم على الرجال التشبه بالنساء وعكسه في لباس اختص به المشبه بل يفسق فاعله للوعيد عليه باللعن

Imam al-Nawawiy berkata; hukum haram lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya kerana penyerupaan itu apabila diharamkan kepada pakaian, maka dalam persoalan segala pergerakan dan diamnya, menyerupai anggota-anggotanya dan suaranya lebih utama mendapat kejian dan kutukan. Oleh itu, diharamkan ke atas lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya dalam berpakaian yang dikhususkan sebagai penyerupaan. Malah pelakunya jadi fasik disebabkan ingatan keras melalui kalimah laknat.


Pemilihan Warna Pakaian


Pakaian Melepasi Aras Tumit, Pakaian Sutera, Tidak berpakaian Syurah

عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من لبس ثوب شهرة ألبسه الله يوم القيامة ثوب مذلة من لبس ثوب شهرة

Daripada Abdullah bin Umar katanya; Rasulullah s.a.w bersabda sesiapa memakai pakaian syuhrah, nescaya Allah akan memperpakaikannya baju yang hina daripada pakaian baju syuhrah. ( Awn al-Ma’bub j.11, h.50)

Ilmuan Islam berselisih pandangan dalam memahami maksud sebenar pakaian syuhrah lantaran Rasulullah s.a.w menggunakan ungkapan “Tawb syuhrah” yang mungkin membawa maksud bahasa atau juga menunjuk kepada satu istilah jenis pakaian yang diharamkan. Secara ringkasnya penulis bentangkan di bawah.

i. Ibn al-Athir mengupas maksud tawb syuhrah dengan katanya,

قال ابن الأثير الشهرة ظهور الشيء والمراد أن ثوبه يشتهر بين الناس لمخالفة لونه لألوان ثيابهم فيرفع الناس إليه أبصارهم ويختال عليهم بالعجب والتكبر

Berkata Ibn al-Athir; al-syuhrah ialah menzahirkan sesuatu. Dengan maksud, bahawa pakaiannya tertonjolkan di khayalak disebabkan kepelbagaian warna yang saling berbeza (warna yang kontra) yang menyebabkan manusia menumpukan perhatian mereka kepada pakaian tersebut dan mengakibatkan timbul rasa ‘ujub dan takbur. ( Awn al-Ma’bub j.11, h.50)



1 Wajib ertinya suatu amalan yang disuruh oleh syarak secara putus. Melakukannya mendapat pahala, manakala meninggalkannya mendapat dosa. Atau juga ulama usul fiqh mengistilahkan sesuatu perintah melakukan sesuatu perbuatan secara putus dan muktamad.


2 Sunat ialah suatu amalan yang diperintah oleh syarak tidak secara putus. Melakukannya mendapat pahala, manakala meninggalakannya tidak berdosa.


3 Haram bermaksud suatu amalan yang tegah syarak secara putus. Dengan maksud melakukannya mendapat dosa, manakala meninggalkannya mendapat pahala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan