Selasa, 30 Mac 2010

GANJARAN SOLAT SEPERTIGA MALAM

IBADAH


Oleh Zaharudin Abd Rahman


SESEORANG dapat mendekatkan dirinya dengan Allah SWT menerusi solat. Antara solat sunat yang amat digalakkan ialah yang dilakukan pada sepertiga malam.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa, ayat 79: “Dan bangunlah sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” Dalam ayat itu Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW melaksanakan solat malam atau qiamullail, namun ramai antara kita memandang remeh perintah berkenaan.

Meskipun sifatnya ini khusus untuk Rasulullah SAW, ia adalah amalan sunat buat umatnya memandangkan kita dianjurkan mencontohi keperibadian baginda.

Maksud qiamullail ialah mendirikan (qiam) malam (lail) atau bahasa mudah, menghidupkan malam dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu ada juga beberapa solat malam seperti sunat istikharah, tahajud, taubat, tasbih dan sebagainya.

Selain melakukan solat sunat, kita digalakkan membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.

Membaca al-Quran juga adalah ibadat yang diberi ganjaran sangat besar kerana setiap huruf yang dibaca akan digandakan 10 kebajikan.

Sabda Rasulullah SAW: “Bacalah olehmu al-Quran kerana pada hari akhirat ia akan memberikan syafaat kepada pengamalnya.” (hadis Riwayat Muslim) Antara surah yang baik untuk dibaca ialah surah Yaasin kerana ia ibarat jantung al-Quran, al-Ala (surah yang sangat digemari Rasulullah SAW), al-Fatihah (pokok atau ibu al-Quran), al-Kahfi (tempat naungan pada hari akhirat), as-Sajadah (digemari Rasulullah SAW), al-Mulk (memberi syafaat di akhirat), an-Nas dan al-Falaq (memberi perlindungan pada hari akhirat).

Ada beberapa ayat dalam al-Quran mengesahkan betapa besar keutamaan solat malam itu. Allah SWT menjelaskan, mereka yang menjaga solat malam itulah sebenarnya yang berhak dan layak menerima kebaikan sebagaimana firman-Nya: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang) pada malam hari kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu sedikit. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (surah al-Muzzammil: 1-4)

Saidatina Aisyah RA ada meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah SAW bangun sebahagian daripada malam bersembahyang hingga bengkak kedua-dua kakinya, maka aku (Aisyah) berkata kepada baginda: “Mengapa Rasulullah lakukan itu semua, bukankah dosa tuan diampunkan oleh Allah SWT sama ada yang terdahulu atau yang terkemudian.” Baginda menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Ahad, 14 Mac 2010

MASJID DALAM ISLAM

FEQAH


Masjid berasal dari perkataan Arab iaitu “Sajada” bermaksud sujud. Jadi masjid itu ialah tempat orang menunaikan sembahyang kepada Allah s.w.t.

Aktiviti dan penggunaan masjid tidak terbatas kepada ibadah sembahyang shaja.

Di zaman Rasulullah s.a.w., masjid adalah tempat belajar, menuntut ilmu, menyelesaikan masalah umat Islam dan tempat mengeluarkan arahan dan peraturan dalam urusan pentadbiran.

Masjid adalah lambang keagungan Islam, lambang perpaduan dan persaudaraan.

Dari masjid juga terpancar sinar bimbingan dan hidayah Allah s.w.t

Tugas Bilal

Melakukan azan dan iqamah setiap masuk waktu Salat

Menjadi imam ketika ketiadaan Imam

Mengawasi kebersihan dan kesempurnaan peralatan masjid

Mengandalikan kursus pengajian fardhu `ain dan mengajar Muqaddam untuk kanak-kanak dan seumpamanya.

Menjadi Amil pungutan zakat fitrah dalam qariah

Melaksanakan tugas pengurusan jenazah serta yang berkenaan dengannya

Lain lain tugas yang diarahkan

Mengetuai kumpulan selawat, marhaban dan berzanji

Fiqh Azan dan Iqamah

Pengertian

Azan dari segi bahasa ialah ” memberitahu”. Dari segi Syarak ialah ” Satu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.” Juga boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Pensyariatan

Dalil al-Quran yang bermaksud; ” Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang....” ( Surah al-Maidah :58)

Dalil Hadis yan bermaksud;”Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang dari kamu melakukan azan dan yang lebih tua dari kamu hendaklah menjadi Imam. ” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ” Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyuruh orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada hari akhirat.”

Hukum Azan

Azan dan Iqamah menurut jumhur selain Mazhab Hambali ialah sunat muakkad bagi lelaki yang sembahyang di masjid, semua sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat.

Tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya , gerhana matahari, terawih dan sembahyang jenazah.

Ulama Syafie dan Maliki menambah bahawa orang perempuan hanya disunatkan iqamah dan tidak perlu azan.

Azan bagi sembahyang yang luput dan sembahyang bersendirian

Mengikut pendapat yang muktamad daripada mazhab Syafie adalah sunat azan dan iqamah bagi orang yang bersembahyang bersendirian samada sembahyang tunai atau qadha, walaupun mendengar azan.

Jika hendak melakukan sembahyang Jamak hendaklah diazan untuk sembahyang yang pertama

Makruh meninggalkan azan dan iqamah bagi sembahyang lima waktu , tetapi jika telah melakukan sembahyang tanpa kedua-duanya maka tidak perlu diulang semula

Syarat-syarat Azan

Masuk waktu

Hendaklah dengan bahasa Arab

Azan dan Iqamah mesti didengar.

Tertib dan Muwalat diantara lafaz azan dan iqamah, tidak sah azan tanpa tertib dan muwalat dan hendaklah diulang semula

Azan mestikah dilakukan seorang sahaja. Jika dilakukan secara berkumpulan dan serentak hukumnya sah.

Orang yang melakukan azan hendaklah seorang Musliam lelaki yang berakal. Termasuk bertaqwa, mengetahui sunnah Rasul, mengetahui waktu-waktu sembahyang , adil dan amanah.

Cara dan sifat Azan

Ahli ahli fekah sependapat lafaz-lafaz azan diriwayatkan secara mutawatir dan tidak ditambah dan tidak dikurangi. Caranya disebut dua kali, dua kali.

Mereka sependapat mengatakan bahawa azan Subuh ada tambahan ”ASHSHALAATU KHAIRUM MINAN NAUUM” sebanyak dua kali.

Golongan Syafie menerima ” Tarji' ” iaitu melafazkan dua kalimah syahadah dengan perlahan kemudian melafazkan semula keduanya dengan nyaring.

Pendapat ulamak Syafie, kalimah –kalimah azan yang masyhur bilangannya termasuk tarji’ adalah 19 kalimah

Perkara –perkara sunat yang dilakukan ketika azan.

Orang yang berazan hendaklah orang yang lantang dan elok suaranya.

Azan hendaklah secara berdiri

Orang yang berazan hendaklah orang yang merdeka ,baligh , adil, amanah, orang yang soleh dan mengetahui waktu sembahyang

Orang yang berazan hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas

Orang yang berazan hendaklah boleh melihat kerana orang buta tidak mengetahui waktu dan kemungkinan dia tersalah.

Hendaklah dia meletakkan jari-jari tanganya dikedua-dua telinganya

Handaklah dia menyebut dengan cara berhenti diantara dua kalimah

Hendaklah menghadap kiblat. Disunat memusingkan kepala ke kanan ketika menyebut ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan kekiri ketika menyebut”HAYYA `ALAL FALAH” . Disunatkan jarak masa antara azan dan iqamah

Hendaklah azan dengan ikhlas.

Tukang azan seeloknya terdiri dari dua orang

Sunat azan awal waktu

Boleh menjemput pemimpin untuk sembahyang.

Sunat tidak berdiri sebelum azan selesai kerana berlakunya pergerakan ketika azan mnyerupai Syaitan.

Makruh ketika Azan

Makruh azan tersebut tanpa melakukan perkara –perkra sunat yang lepas

Makruh dilagukan dan dipanjangkan azan sehingga mengubah kalimah- kalimah azan atau menambah dan mengurangkannya.

Makruh berjalan

Makruh dilakukan tathwib meliankan waktu subuh

Haram keluar masjid selepas azan

Makruh Azan sebelum fajar dalam bulan Ramadhan kalau ditakuti mengganggu orang yang sedang sahur

Menjawab seruan azan dan iqamah

Jumhur ulama termasuk Syafie berpendapat sunat menjawab bagi orang yang mendengar azan dan iqamah.

Caranya dengan mengucapkan seperti oranag yang mengucapkan azan dan iqamah itu , kecuali pada kalimah ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan ”HAYYA `ALAL FALAH” hendaklah dijawab ” LAA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAAH”. Dalam taswib hendaklah dijawab ”SODAQTA WA BARARTA”.

Menurut jumhur ulama, mesti menjawab walaupun dalam keadaan berjunub, haid, nifas atau sedang tawaf fardhu atau sunat.

Menurut ulama Hanafi , orang yang sedang haid, nifas, mendengar khutbah bersetubuh, dalm bilik air, makan, mengajar ilmu dan belajar tidak perlu menjawab azan. Tetapi orang yang baca al-Quran hendaklah menjawab.

Menurut ulama Syafie, apabila seseorang masuk masjid, hendaklah dia menjawab sambil berdiri dan tidak boleh melakukan solat tahiyyatul masjid. Ini bertujuan untuk menghimpunkan antara pahala menjawab dan pahala tahiyyatul masjid.

Sunat yang perlu dilakukan selepas azan

Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Berdoa dengan doa yang Ma`thur iaitu doa selepas azan

Berdoa selepas azan subuh iaitu memohon kesejahteraan dari Allah bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

Tukang azan sunat duduk menunggu jemaah antara azan dan iqamah.

Iqamah

Sifat atau cara iqamah

Menurut jumhur selain ulama` Hambali, iqamat adalah sunat muakkat bagi solat fardhu. Ulama berbeza pendapat tentang iqamah.

Menurut ulama Syafie, lafaz iqamah tidak berulang iaitu 11 kalimah kecuali lafaz ”QAD QAAMATIS SYOLAH” ia diulang sebanyak dua kali (Lihat muka sebelah)

Hukum Iqamah

Hukum Iqamah adalah sama dengan hukum azan , bezanya;

Sunat dipercepatkan iqamah

Menurut mazhab yang empat, afdhal orang yang azan, dialah sendiri yang iqamah.

Pendapat ulama Syafie, sunat dilakukan iqamah di tempat yang lain dari tempat azan dan suara yang lebih rendah dari suara azan. Iqamah tidah boleh dibuat sehingga imam memberi keizinan.

Jemaah tidak boleh bangun ketika iqamah sehingga imam bangun atau datang. Menurut Imam Syafie, sunat bangun setelah tamat Iqamah.

Di sunatkan iqamah dalam keadaan berdiri, suci , mengadap kiblat, tidak berjalan dan bercakap.

Diisyaratkan tidak ada jarak panjang antara iqamah dan solat. Jika berlaku , hendaklah diulang semula. Ia tidak boleh dipisahkan kecuali dengan satu perkara sunat seperti imam menyuruh membetulkan saf.

Apabila tukang azan melakukan azan dan iqamah , orang lain tidak digalakkan berazan dan beriqamah

Sunat bagi imam menyamakan saf sembahyang makmum dengan memalingkan ke kanan dan ke kiri lalu mengatakan:

Azan untuk maksud selain sembahyang

Azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir, sunat diiqamahkan pada telinga kiri

Azan di waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang musafir

Azan pada telinga orang yang berduka cita , orang yang jatuh , marah dan juga yang dirasuk jin atau syaitan

Khamis, 4 Mac 2010

WASIAT ASY SYAHID IMAM HASAN AL BANA

TAKZIRAH


1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.



2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dengarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.


3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.


4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.


6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.


7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.


8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.


9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.


10.Kewajipan seseorang lebih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.