Khamis, 25 November 2010

PETUA MENYEMBELIH BINATANG


PANDUAN / PETUA


Tuan Guru Hj Hashim


Di antara petua-petua menyembelih binatang :

1. Supaya daging tidak berlemak:

- Ada wudhu’ ketika sembelih binatang.
- Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita.
- Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya.
- Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan.

2. Supaya daging binatang menjadi lembut :

- Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang.
- Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau.
- Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan.

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging.

5. Baca ayat ini supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan :

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

6.Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya.

7. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati.

*Di antara pantang larang :

Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya
boleh membawa kepada daging menjadi keras.

*Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh*

Khamis, 18 November 2010

KELEBIHAN ZULHIJJAH

UMUM


Oleh Zaharuddin Abd Rahman


BULAN Zulhijjah, khususnya 10 hari awalnya, adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan serta keampunan Allah SWT selain daripada pahala amalan.

Rasulullah SAW menyebut: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani) Ini juga dinyatakan dalam firman Allah SWT bahawasanya: “Demi Fajar dan hari-hari yang 10.” (Al-Fajr, 1)

Majoriti ulama menyatakan 10 hari itu merujuk kepada hari pertama hingga 10 Zulhijjah dan bukan 10 terakhir Ramadan. (Zad Al- Ma’ad, Ibn Qayyim)
Ia juga disebut oleh baginda Rasulullah SAW bahawasanya: “Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan daripada 10 hari ini.” (Riwayat Al-Bukhari)

Sebagaimana kita sedia maklum, beberapa amalan digalakkan untuk sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah yang diketahui sangat besar pahalanya, seperti:

1. Berzikir.

Iaitu dengan memperbanyakkan zikir seperti ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, ‘La ilaha Illa Allah’ dan ‘Allahu Akbar’. Ia bersumber daripada hadis riwayat At-Tabrani yang diakui sahih oleh Imam Al-Munziri di mana Allah SWT menyebut ertinya: “Supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.” (Al-Hajj, 28)

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah 10 hari Zulhijjah ini dan ini juga adalah pendapat majoriti ulama.

2. Berpuasa.

Sangat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula hari terbaik untuk berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda mengenai kelebihan Hari Arafah, bahawasanya: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada Hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Baginda juga menyatakan puasa itu menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan amalan bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain.

Ia semuanya termasuk di dalam umum hadis yang menunjukkan ia sangat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih teragak-agak dan menangguhnya.

Sungguh biadap jika umat Islam bersuka ria dengan melampaui batas haram pada hari yang sangat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir.

Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa Saidina Ali menyatakan, permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga tasyrik.

6. Melakukan sembelihan korban.

Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban,” dan “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj, 32)

Hadis Riwayat At-Tarmidzi, Abu Daud, Gharib menyebut: “Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban (dengan menyembelih binatang).”

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat besar seperti Abu Bakar As-Siddiq RA, Umar Al-Khattab RA dan Ibn Mas’ud RA berpendapat ia WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim bahawasanya: “Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan sudah masuk 10 awal Zulhijjah, maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama dari mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Aisyah RA menyebut bahawa tiadalah Rasulullah SAW mengharamkan apa- apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) hinggalah sampai waktu sembelihan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dibenarkan memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan kewajipan lain.

Tidak dibenarkan berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang disembelih dari pasar, lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya saja. Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Firman Allah SWT: “Daging unta dan darahnya sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj, 37)

Untuk melakukan korban, binatang yang sebaik-baiknya ialah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri dan kambing.

Dalam menentukan pembahagian daging ini, daging korban yang dilapah perlu dibahagikan satu pertiga kepada individu yang berkorban, satu pertiga kepada fakir miskin, jiran serta saudara mara dan selebihnya satu pertiga kepada sesiapa yang memintanya.

Ini berdasarkan firman Allah SWT bahawasanya: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir,” (Al-Haj, 28) dan ayat ke-36 surah Al-Haj: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.”

Bagaimanapun, dilarang memberi upah kepada tukang lapah dan penyembelih atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal).

Namun, ia ‘harus’ jika termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

Malah, daging korban juga tidak dibenarkan dijual sebagaimana dipersetujui majoriti ulama.

Selain daripada itu, dalam menentukan syarat sah korban, sesebuah organisasi atau syarikat tidak boleh mengeluarkan perbelanjaan dan menyembelih korban atas nama syarikat.

Ini adalah kerana korban mesti dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu, dan semestinya bukan untuk organisasi yang bukan manusia.

Dalam melaksanakan korban ini, Rasulullah SAW menamakan hari sembelihan, iaitu 10 Zulhijjah sebagai Haji Akbar. (Riwayat Abu Daud dengan sanad sohih: Ibn Qayyim dan Albani). Sayyidina Ali Abi Talib juga pernah ditanya apa itu Haji Akbar, beliau menjawab: “Ia adalah hari sembelihan (iaitu haji raya pertama).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ulama, itulah yang dimaksudkan dalam ayat surat At-Taubah tetapi sesetengah ulama lain membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah.

Sesetengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA yang menyatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa.

Ia juga disebut oleh Imam Al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Namun, ada sahabat mengatakan Haji Akbar adalah hari Arafah yang jatuh pada hari Jumaat, manakala Saidina Ali pula mengatakan ia hari korban pada 10 Zulhijjah dan setengah yang lain pula menyebut ia adalah semua hari-hari wukuf di Mina (hari Tasyrik).

Akhirnya, perlu dipastikan bahawa tarikh hari raya Aidiladha menurut ijtihad pemerintah kerajaan Saudi bagi menyatukan umat Islam di seluruh dunia (kecuali jika benar-benar sesebuah negara itu mengikut rukyah).

Selasa, 16 November 2010

PERPADUAN ISLAM DAN MASALAH PERPECAHAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

SIASAH

Oleh: Rohidzir Rais


Pendahuluan

Konsep persaudaraanIslam, sebagai suatu idealisme hidup bermasyarakat, amat jelas sekali dalampengajaran Islam. Penerimaan masyarakat Islam terhadapnya secara teori juga jelas.Apa yang menjadi masalah, seperti juga di bidang-bidang keislaman yang lain,ialah wujudnya perbezaan yang luas antara idealisme ini dan realiti masyarakatIslam itu sendiri. Rata-rata umat Islam berpecah belah dan di setiap peringkatpula. Kontradiksi seperti inilah mungkin menjadi punca, antara lain, kepadawujudnya suasana tegang dalam masyarakat Islam zaman kini.

Keadaan ini telahcambah dan berkembang selaras dengan proses kejatuhan umat Islam sendiri dalamsejarahnya yang lama itu. Apakah ianya suatu hasil yang menghasilkan kejatuhanitu sendiri suatu persoalan lain. yang pentingnya ialah ia sentiasa beradabersama kejatuhan itu sendiri.

Latar belakang inipenting supaya jangan kita, di dalam mencari penyelesaian terhadapnya,memandang ianya sebagai tidak lebih dari isu semasa yang semata-mata memerlukanpenyelesaian bercorak semasa pula. Kalau inilah yang berlaku maka ertinya kitatidak berbuat sesuatu, kecuali memancing keuntungan semasa bagi memenuhikepentingan semasa sahaja. Hal seperti ini bukan menjadi tujuan kita, dan malahbertentangan dengan konsep islah yang memang diiktiraf sebagai suatu asasdinamika kepada masyarakat Islam.

Kenyataan ini bukanmenolak keperluan kita memberikan perhatian yang serius terhadap keadaan dankeperluan semasa. Malah, sebaliknya, ia memperkukuhkan kemungkinan ke arah itu.Cuma ianya perlu dilihat sebagai suatu episod dari episod-episod yang banyakdalam proses masyrakat menuju ke arah keadaannya yang ada sekarang ini.

Latar belakang

Kenyataan sejarah membuktikanbahawa perpecahan mayarakat Islam ini bukan perkara baru. Moral kepadakenyataan ini ialah bahawa perpecahan itu seolah-olah suatu kenyataan yangtidak dapat dielakkan lagi dalam masyarakat manusia, tidak terkecualimasyarakat Islam, meskipun tidak diingini oleh idealisme Islam sendiri. Nabisendiri seolah-olah mengakui hakikat kewujudan fenomena ini, malah dalambeberapa hal menganggapnya sebagai suatu rahmat. Paraulama Islam juga tidak menolak kemungkinan wujudnya pertelingkahan pendapatdalam masyarakat Islam, dan malah menganjurkan agar ianya dihormati kalau masihdalam batas-batas tertentu. Jadi persoalannya bukan pertelingkahan itu sendirisecara mutlak tetapi beberapa hal lain yang mewarnainya seperti motivasi,objektif,etika dan sebagainya.

Realiti dunia Islamkini juga boleh menjadi latar belakang yang berkesan di dalam memandu kita kearah memahami persoalan yang kita hadapi ini. Adalah ternyata masyarakat Islamseluruh dunia sedang berhempas pulas mengejar waktu di dalam memenuhi syaratpembinaan semula tamadun mereka untuk disempurnakan sebelum luput giliran dalamputaran roda sejarah kebangkitan dan kejatuhan mayarakat dan tamadun manusia.Oleh terlalu lama berada di zaman keruntuhan, kemunculan baru mereka ini kurangdisertai oleh kematangan yang seharusnya dari segenap segi. Gerakan yang ada,malah, lebih berbentuk emosi dari bersifat realistic. Cacatnya keadaan inibukan pada niat dan motivasi perjuangan itu sendiri tetapi pada cara bagaimanaperjuangan itu dilaksanakan.

Untuk mencapaitahap kematangan ini kita memerlukan masa. Apa lagi pengasa-pengasas yang telahlepas tidak meninggalkan bimbingan metodologi yang jelas. Kesilapanangkatan-angkatan yang lepas terpaksa diharungi kembali, dan masih banyak usahadan waktu yang akan terbuang sebagai bahan-bahan terpakai dalam usaha mencaripengalaman. Sehingga tahap kematangan ini selesai dicapai berbagai-bagai nilainegatif lagi yang akan ditempuhi, dan ini meletakkan kita pada pengertianbahawa perpecahan idea, sikap dan stail bermasyarakat di kalangan masyarakatIslam kini sebagai suatu hal yang berbangkit dari proses kebangkitan masyarakatIslam yang sedang berjalan, dan amat sukar sekali untuk dielakkan.

Realiti ini memberikita pengertian bahawa bukan menjadi hasrat sesiapa dalam masyarakat Islamuntuk bertelingkah dengan sesiapa. Adatidaknya pertelingkahan itu banyak merupakan kesan sampingan kepada prosesinteraksi masyarakat dan idea di kalangan mereka. Jadinya pertelingkahanmasyarakat itu bukan perkara utama lagi, mengikut dimensi ini, tetapipertentangan idea itu sendiri di dalam membawa masyarakat Islam selangkah ataubeberapa langkah ke depan. Maka perpecahan ini jangan dilihat dari sudutfizikalnya, sama ada berupa perbuatan atau kata-kata, tetapi dari segimoralnya, termasuk falsafah yang mendokongi perjuangan setiap pihak.

Pemupukan nilai“politik kampung” yang berlaku di negara kita sejak sebelum merdeka sampaisekarang ini telah menambahkan lagi daya tarikan ke arah perpecahan. Yang kitamaksudkan dengan “politik secara kampung” di sini ialah politik yang banyakberdasarkan emosi berkelompok tanpa bersandarkan kepada nilai-nilai intelektualdan akademik. Akibatnya lahirlah apa yang dinamakan sebagai fanatik secaramembabi buta terhadap golongan sendiri dan tidak ada atau kurang kecenderunganke arah mengenali hakikat sebenarnya politik dan berpolitik secara rasional.Hasilnya parti-parti politik seolah-olah menjadi kuda tunggangan dalam rebutankuasa dan bukan suatu media untuk membangun pemahaman rakyat tentang politikdan berpolitik.

Ternyata dari latarbelakang-latar belakang yang disebutkan di atas bahawa perpecahan umat ataumasyarakat Islam di Malaysia sekarang ini tidak boleh dijadikan momok, apa lagijembalang yang akan menghancurkan sama sekali, secara sendiri, masyarakat ini.Yang lebih penting, dan yang seharusnya, ialah menilai perpecahan ini darisudutnya yang lebih positif. Di samping itu usaha-usaha hendaklah dibuat bagimeminimakan nilai-nilai negatif yang terkandung di dalam sedapat mungkin. Halseperti ini tentunya lebih memerlukan penumpuan terhadap pendekatan yang palingsesuai bagi apa-apa usaha yang bakal dijalankan. Adalah mustahil untukmenghapuskan pertelingkahan pendapat atau, malah, perpecahan masyarakat itusendiri, kerana ini telah ternyata tidak pernah tercapai. Apa yang mungkindicapai ialah membatasi perselisihan atau pertelingkahan dan, malah, perpecahanitu setakat tidak melampaui batas tertentu, dan mendorong suatu perkembanganyang berfaedah sebagai suatu dinamika hidup bermasyarakat.

Pendekatan

Oleh keranagelanggang utama dalam perpecahan masyarakat Islam sekarang ini ialah politik,maka pendekatan yang harus kita ambil di dalam menyelesaikannya ialahpendekatan politik. Walau bagaimanapun ini bukan bererti kita perlu menolak secaratotal pendekatan-pendekatan lain. Bezanya ialah pendekatan-pendekatan laintidaklah dianggap sebagai unsur utama, tetapi sebaliknya unsur-unsur pembantu.

Menerusi pendekatanini kita dapati masyarakat Islam di Malaysia sekarang ini, dalam bentuknya yangekstrimis, berpecah kepada dua blok; idealisme dan rasionalisme. Walaubagaimanapun garis berkecuali, atau garis hijau, antara keduanya masih luas danberfungsi dengan baik.

Dalam perspektifIslam, kedua-dua kecenderungan ini tidak perlu bertentangan secara meluas. Inikerana tidak satu pun antara keduanya yang tepat kecuali apabila bersikap lebihtoleransi dengan yang satu lagi. Dalam Islam, ideal tiak memberi erti tanpalatar belakang realiti yang bakal menjadi sandaran amali kepada penerapannya. Sebaliknya,realiti akan membawa kepada pembohongan yang besar tanpa bimbingan ideal. Makatugas kita sekarang ini ialah memperdekatkan kem-kem ini supaya jangan keduanyamenonjolkan pertentangan-pertentangan yang terlalu tajam.

Suatu cara yangagak lebih berkesan dalam usaha ini ialah membuka peluang kepadagolongan-golongan yang berada di garisan berkecuali untuk lebih berfungsi danmemainkan peranannya secara yang lebih berkesan. Suatu suasana perlu diwujudkanagar mereka juga mempunyai bukan sahaja hasrat tetapi peluang untuk masuk samadalam dialog atau polimik yang ada sekarang ini, sebagai suatu kuasa ketigayang berwibawa. Oleh kerana pihak kerajaan dan parti pemerintah yang lebihmenyedari mengenai bahaya perpecahan yang ada sekarang ini, juga yang lebihbertanggungjawab dalam mencari jalan untuk mengelakkannya maka pihak inilahyang harus berinisiatif. Tanpa pengorbanan sedikit sebanyak dari pihak kerajaandan pihak parti pemerintahan dalam menjayakan motif ini kata-kata mengenaiperpaduan ummah atau masyarakat Islam di negara ini akan terus menjadi cakapkosong.

Matlamat yang kitaperlu tujui dalam dialog ini harus sangay sederhana. Ia jangan berupamenghapuskan sama sekali perbezaan pendapat atau sikap bagi menjamin lahirnyasuatu masyarakat yang bersatu padu dalam erti kata yang sebenar-benarnya.Kerana hal seperti ini, meskipun lebih ideal, amat sukar, kalaupun tidakmustahil untuk dicapai. Apa yang seharusnya menjadi matlamat usaha ini ialahmengalirkan gelombang pertentangan idea dan sikap ini ke arah yang lebihberfaedah di dalam menolak masyarakat ini ke depan dan bukan membantutperjalanan itu seperti apa yang ada pada hari ini. Maka matlamat perpaduan yangharus kita tujui ialah penyatuan program politik bagi faedah semasa dan bukanpenyatuan pandangan politik. Bagaimanapun sebelum hal itu tercapai kejayaanmengendurkan ketegangan yang ada dan menghalang dari berlakunya peningkatanterus menerus sudah merupakan suatu kejayaan.

Ada dua bentuk dialog, untuk setakat ini,yang harus diberi keutamaan dalam mendokong pendekatan ini. Yang pertamanyamelibatkan para intelektual dan para aktivis dalam segala bidangnya, dan yangkeduanya melibatkan rakyat bawahan dengan segala lapisannya. Di samping itudialog itu sendiri perlu juga diadakan dalam dua mood yang boleh mengasaskanstrategi jangka pendek dan jangka panjang, yang kemudiannya dapat dibentuksebagai pendekatan alternatif yang sesuai dengan keadaan di mana ianyadiperlukan.