Rabu, 29 Julai 2009

Ketika berihram dibenarkan bunuh haiwan ganas - tafsir surah Al-maidah : 94 - 95

TAFSIR


Apa yang penting kita mengikut hukum syarak. Dihalalkan binatang buruan yang diburu mengikut hukum syarak. Walaupun sebab nuzulnya (turunnya) ditujukan kepada orang-orang yang berihram, bersama-sama dengan Nabi s.a.w tetapi Allah berfirman yang bermaksud :" Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sesuatu daripada buruan yang kamu dapat capainya dengan tangan kamu dan senjata kamu." (Al-Maidah:94).

Ia itulah binatang-binatang kecil yang ditangkap dengan menggunakan tangan dan menggunakan senjata kamu.

Firman Allah yang bermaksud : " Supaya termaklum disisi Allah sesiapa yang takut kepadaNya, ditempat yang tidak ada orang dan dia juga percaya bahawa Allah Taala mengetahuinya. Maka sesiapa yang melampaui batas selepas itu baginya azab yang sangat pedih." (Al-Maidah:94)

Seterusnya Allah menjelaskan lagi dengan firman Nya yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu berihram." (Al-Maidah:95)

Selagi di dalam ihram, diharamkan kepada kamu membunuh binatang buruan kecuali binatang liar yang mengancam keselamatan dan nyawa kamu termasuk ular, kala jengking, burung helang, tikus dan seumpamanya.

Binatang berkenaan tidak termasuk di dalam kategori binatang buruan. Diharamkan binatang buruan bukan sahaja semasa ihram bahkan dikawasan tanah haram bagi mereka yang tidak berihram.

Yang dimasukkan tanah haram disisi ulama ialah Makkah dan Madinah. Tanah haram Makkah termasuk sempadan yang ditandakan di tanah suci Makkah sekarang. Tanah haram Madinah ialah diantara bukit (jabal) 'Ir dan Jabal Thur (terletak dibelakang Bukit Uhud).

Sementara Jabal Thur di Makkah dan satu lagi di Madinah. Jabal Thur di Makkah ialah tempat persembunyian Nabi s.a.w ketika berhijrah ke Madinah.

Manakala Jabal 'Ir ialah sebuah bukit yang panjang kelihatan seperti pedang dari jauh. Inilah sempada tanah haram Madinah.

Diharamkan kepada binatang buruan di kawasan tanah haram di Madinah. Sejarah pengharaman binatang buruan di Makkah bermula pada zaman Nabi Ibrahim a.s sementara Nabi Muhammad s.a.w di Madinah.

Disebut di dalam hadis yang sahih, sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Ibrahim mengharamkan Makkah dan sesungguhnya aku mengharamkan Madinah seumpama Makkah."

Justeru tidak boleh dicabuli diantara sempadan Madinah itu termasuk tidak boleh dipotong pokoknya dan tidak boleh diburu binatangnya , kecuali pokok-pokok kegunaan untuk sayur-sayuran (ini dikecualikan).

Yakni diharamkan oelh Allah kawasan tanah haram itu dengan nas sekaligus kita percaya dan berpegang dengan nas tersebut.

Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu membunuh binatang buruan dalam keadaan kamu mengerjakan ihram: (Al-Maidah : 95).

Kecuali binatang-binatang yang dikecualikan oleh Allah SWT yakni yang dibenarkan hukum syarak untuk membunuhnya.

Apa yang dimaksudkan dengan binatang buruan disini ialah memburu binatang.

Yakni orang di dalam ihram tidak boleh memburu binatang. Adapun memakan daging binatang buruan yang diburu oleh orang lainataupun daging hasil buruan semasa tidak berihram yang dibawa daripada tempat lain dimakan ketika berihram di Tanah Haram, Mazhab Syafie mengizinkannya.

Sesetengah ulama lain mengharamkannya. Sementara ada ulama menafsirkannya dengan menyatakan bahawa sekirannya pemburu tidak berihram berada bersama orang yang berihram dan dia pulak berhasrat untuk memberi makan daging buruannya itu kepada orang yang berihram maka tidak dibenarkan orang yang di dalam ihram memakan dagingnya.

Kemudian bagaimana pula binatang buruan yang dipelihara. Setengah dari kalangan kita membebaskanburung-burung yang dipeliharanya di mana disisi Imam Malik dan satu Qaul dalam Mazhab Syafie menyatakan bahawa seseorang itu tidak perlu membebaskan binatang buruan yang dipelihara di rumah.

Sabtu, 25 Julai 2009

Elak hati mati

TAZKIRAH

Oleh : mohd naim mohd zain


SOAL: Saban tahun kita menyambut Israk Mikraj. Namun tidak banyak realiti yang dapat kita realisasikan. Mengapa ini berlaku?

JAWAB: Sebab utama pelbagai realiti dalam peristiwa Israk Mikraj itu tidak dapat direalisasikan oleh umat Islam berkait dengan iman.

Hanya orang beriman sahaja yang dapat membuat kerja-kerja dakwah. Malah peristiwa yang dilalui oleh Baginda SAW itu juga adalah satu daripada proses saringan yang dilakukan oleh Allah kepada umat Islam ketika itu.

Sebabnya, berapa ramai yang tidak percaya apabila Nabi SAW menceritakan pengalamannya kepada penduduk Mekah ketika itu. Ini termasuklah bapa saudara nabi, iaitu Abu Jahal.

Namun, kalau kita melihat kepada aspek yang lain, kita dapati bagaimana keimanan Abu Bakar yang apabila ditanya oleh Abu Jahal, "adakah kamu percaya bahawa Muhammad dibawa ke langit dan menemui Allah dalam tempoh sehari semalam", maka dengan tegas Abu Bakar menjawab, "jika benar demikian itu kata-kata Muhammad, lebih daripada itu aku percaya".

Inilah yang membawa kepada gelaran al-Siddiq (yang membenarkan) yang diberi oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abu Bakar.

Peristiwa ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kepentingan kita beriman kepada perkara yang ghaib. Hal ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. (al-Baqarah: 3)

Perkara ghaib adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa dengan pancaindera yang biasa. Namun ia diakui dan diyakini berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima oleh akal yang sempurna.

Sememangnya Israk dan Mikraj itu juga adalah merentas alam masa depan dan juga masa lampau apabila Rasulullah dipertemukan dengan Nabi Musa dan mengimamkan solat dengan para nabi yang lain.

Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan ilmunya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. (al-Israk: 60)

SOAL : Nikmat syurga dan azab neraka diakui benar. Tetapi mengapa kita masih alpa dan lalai dalam melakukan ibadat?

JAWAB: Semasa Israk dan Mikraj, Nabi bertemu dengan seorang wanita cantik yang memperagakan perhiasan dirinya. Alhamdulillah Baginda tidak terpedaya dan berhenti di situ.

Lalu Jibril memberitahu Nabi bahawa wanita itu adalah kiasan kepada umat Baginda yang kasihkan dunia atau hubbud dunya.

Sehinggakan ada di kalangan kita yang tidak fikir soal halal-haram yang pentingnya, apa yang dihajati tercapai.

Saya melihat terlalu banyak hiburan dalam kehidupan masa kini. Lihat sahaja program-program yang ada dalam televisyen hari ini. Banyaknya lebih kepada yang lagha (melalaikan) walaupun tidak dinafikan ada rancangan agama.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Sebab itu, kita lihat anak-anak atau remaja zaman sekarang nakalnya lain macam. Kalau dulu-dulu, nakal mereka setakat mandi sungai saja tetapi sekarang sampai boleh bergaduh dalam surau!

Salah satu peristiwa penting dalam Israk Mikraj adalah kefarduan solat lima waktu.. Dan Nabi telah ditunjukkan betapa azabnya orang yang meninggalkan solat. Mereka ini menghantuk kepala di batu sehingga pecah dan kemudian dengan kuasa Allah kepala itu bercantum semula. Selepas itu dihantuk lagi.

Sayangnya, ada di kalangan umat Islam yang tidak merealisasikan ibadat solat ini. Apabila diadakan ceramah tentang Israk Mikraj atau pun bila tiba bulan Rejab, barulah barangkali mereka teringat tentang amaran Allah tentang golongan yang lalai dan lupa mengerjakan solat.

Malah bukan lagi rahsia, ada di kalangan umat Islam yang hanya solat apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Ini yang disebut sebagai 'hati mati'.

Keadaan beginilah yang paling kita bimbang. Ia telah dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah meterikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (al-Baqarah: 7)

SOAL : Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana Nabi diuji dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak membantu dalam kerja dakwah.. Apakah falsafah di sebalik peristiwa ini?

JAWAB : Ini menunjukkan kepada kita bahawa kerja dakwah bukan mudah. Kita akan sentiasa berhadapan dengan cabaran dan ujian. Buktinya, Nabi SAW sebagai kekasih Allah pun diuji dengan pelbagai keadaan dan tekanan. Inikan pula kita sebagai manusia biasa.

Begitu juga Nabi Musa yang dihalau keluar oleh kaumnya dari negerinya Mesir.

Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi baginda semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal, maka Islam pasti akan terkubur.

Namun kuasa Allah SWT melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, Nabi telah 'dihiburkan' dengan Israk dan Mikraj. Seterusnya diizinkan berhijrah ke Madinah sehingga membina daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam, malah telah melontar batu ke arah Nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit di bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh Nabi sebagaimana baginda menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan meruntuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

SOAL : Bagaimana untuk mengelak daripada 'hati mati'?

JAWAB : Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra'd: 28)

Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.

Jumaat, 24 Julai 2009

SOLAT QASAR DAN JAMA'

IBADAH

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 SOLAT QASAR

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah
(89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


2.0 SOLAT JAMA'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solatZuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

Khamis, 23 Julai 2009

KAEDAH PRAKTIKAL MENANGANI AJARAN SESAT DAN MURTAD

SEJARAH

1.0 Perbezaan antara Murtad dan Sesat

Masalah ajaran sesat di kalangan umat Islam kini kian menjadi bualan hangat dan sering terpampang di dada-dada akhbar dimana isu yang terakhir berkaitan dengan seorang ketua ajaran sesat yang bernama Ayah Pin. Masalah gejala ajaran sesat ini bukanlah masalah keluarga yang ditipu oleh Ayah Pin sahaja, melainkan ianya juga masalah umat Islam secara keseluruhan, bukan hanya kepada individu yang terlibat dengan gejala ini sahaja.

Mengikut definisi, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

Manakala kes yang terjadi di Malaysia adalah ajaran yang dibawa oleh orang Islam, dan ajaran yang diselewengkan ini dinamakan ajaran sesat. Perlu dibezakan antara orang kafir yang terus memeluk ajaran sesat Islam seperti ajaran kaum Druz. Maka hukumnya adalah tetap hukum kafir. Jika ada orang-orang yang murtad selepas menjadi muslim dan membentuk satu aliran yang bukan Islam seperti Druz, Bahai, Qadiyani, mereka tidak diuruskan dengan cara murtad, kerana mereka bukan murtad , mereka diurus sebagaimana orang kafir.

Berbeza dengan orang Islam yang berpindah ajarannya dari Islam kemudian menjadi kafir, lantaran mengikut ajaran sesat maka kaum ini dikategorikan sebagai murtad. Hanya sedikit perbezaan antara murtad dan sesat.

2.0 Lintasan Sejarah Islam tentang Murtad

Dalam sejarah Islam, riddah telahpun bermula sejak zaman Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam lagi tetapi tidaklah banyak dan dari yang murtad itu ada yang kembali semula ke pangkuan Islam dan tidak banyak yang telah dikenakan hukuman mati.  Kebanyakan ajaran sesat berlaku beramai-ramai. 

Menurut catatan sejarah, ada 11 kabilah Arab yang Melakukan riddah dan terhadap mereka telahpun dilaksanakan hukuman bunuh itu dan mereka diperangi sehingga tumpas terutamanya oleh Khalifah Abu Bakar Radhiaallahu anhu.

Di antara 11 qabilah itu termasuklah 3 qabilah yang murtad di waktu Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam masih hidup, 7 qabilah di zaman Khalifah Abu Bakar Radhiaallahu anhu dan 1 qabilah di zaman Khalifah Umar al-Faruq.  

Zaman Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam

Al-Aswad al-Ansi yang memimpin Banu Mudlij.  Dia adalah seorang tukang tenung yang mengaku menjadi Nabi di Yaman.  Akan tetapi dia dibunuh oleh Fairuz ad-Dailami.

Musailamah al-Kazzab yang memimpin kaum murtad Banu Hanifah di Yamamah yang juga mengaku menjadi Nabi.  Dia dan pengikutnya telah diperangi oleh tentera Islam di zaman Khalifah Abu Bakar Radiallahu Anhu  dan Musailamah sendiri telah dibunuh oleh Wahsyi yang sebelum beliau Islam telah membunuh Hamzah, bapa saudara Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam

Tulaihah bin Khuwailid memimpin ajaran sesat Banu Asad di mana beliau juga telah mengaku menjadi Nabi dan memimpin kaumnya itu dalam pemberontakan.  Khilafah Abu Bakar r.a. telah memerangi pengikut-pengikut ini di bawah panglima perang Khalid bin al-Walid.  Setelah berlaku peperangan yang sengit, maka pengikut-pengikut Tulaihah telah dibinasakan sedangkan dia sendiri dapat menyelamatkan diri ke negeri Syam dan kemudian memeluk agama Islam semula dengan baik.

Zaman Khalifah Abu Bakar Radiallahu anhu
Qabilah Fazarah, kaumnya 'Uyainah bin Haishn
Qabilah Ghatafan, kaumnya Qurrah bin Salamah
al-Qusyairi
Qabilah Banu Salim, kaumnya al-Fujaah bin Abdul Jalail
Qabilah Banu Yarbu', kaumnya Malik bin Nuwairah
Qabilah Kandah, kaumnya al-Asy'as bin Qais
Qabilah Banu Bakr bin Waail di Bahrain, iaitu kaum
al-Hatm bin Zaid.

Zaman Khalifah Umar Radiallahu anhu

Tidak begitu ramai yang mengikut ajaran sesat di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab.  Hanya ada satu golongan sahaja, iaitu Ghassan, kaumnya Jabalah bin al-Aiham yang cukup terkenal ceritanya di dalam sejarah Islam.

Sultan Baybars II (708-9/1308-9)

Yang mula-mula memperkenalkan siksaan keatas orang-orang yang murtad.  Satu kes yang dirujuk adalah mengenai seorang wanita yang telah murtad di arak ke sebatang jalan di Kaherah, kemudian dibawa menaiki bot dan dicekik sebelum dihumban ke dalam Sungai Nil.

Afghanistan

Pengikut Qadiyani atau Ahmadiyya (1925) di Afghanistan telah direjam sampai mati. 

Di dalam bekas wilayah Turki dan Mesir, juga di tanah Islam di bawah pemerintahan penjajah Eropah(semenjak pertengahan kurun ke-19)

Pelaksanaan hukuman murtad oleh kadi telah dimansuhkan, tetapi mereka-mereka yang murtad masih dipenjarakan atau dibuang daerah.  Namun begitu orang-orang yang murtad ini mungkin akan dibunuh secara diracuni oleh saudara-saudara mereka secara rahsia. 

3.0 HAD MURTAD MENURUT PANDANGAN ISLAM

3.1 Hukuman Mati

Apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika mereka kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagimana  firman Allah swt.

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, Maka mereka Itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka Itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.  [TMQ Al-Baqarah, 2:217]
Hadis Rasulullah saw pula mentsabitkan hukuman kepada orang yang murtad.

Imam Bukhari telah meriwayatkan dari 'Ikhrimah yang berkata, "Dihadapkan kepada Amirul Mukminin 'Ali karamallahu wajhah Orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka.

Maka berita itu disampaikan kepada 'Ibnu Abbas dan beliau berkata 'Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pastikan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam "Barang siapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh."

"Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam. "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"

Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh, bukan dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam untuk mengazab seseorang dengan azabnya Allah, iaitu dibakar. Selain itu, keumuman hadis, "Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia", menunjukkan bahawa hukum murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh 'Ali r.a. tidak boleh dijadikan dalil, sebab mungkin dia belum mengetahui ada riwayat yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar), sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibnu 'Abbas.

Selain itu al-Hafidz Ibnu Hajar, menjelaskan bahawa ada hadis dengan sanad hasan, yang menunjukkan bahawa seorang wanita yang murtad juga mesti dibunuh. Bahawa Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam ketika mengutus Mu'az ke Yaman, baginda berpesan,

"Setiap lelaki yang murtad, maka ajaklah dia kembali kepada Islam! Bila dia menolak untuk kembali ke dalam Islam, maka penggallah lehernya! Begitu pula setiap perempuan yang bertindak murtad, maka panggillah dia! Bila dia menolak untuk kembali lagi ke dalam Islam, maka penggallah lehernya"

Juga diriwayatkan oleh Daruquthniy dan Baihaqi dari Jabir,

"Bahawa Ummu Marwan telah murtad. Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam telah memerintahkan untuk menasihatinya agar dia kembali kepada Islam. Jika dia bertaubat (maka biarkan), jika tidak, maka dia dibunuh."

Oleh itu membunuh lelaki yang murtad didasarkan pada zahir hadis dari Ibn Abbas. Sedangkan membunuh wanita yang murtad didasarkan pada keumuman hadis. Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam bersabda "Barangsiapa mengganti (agamanya)". Sedangkan lafaz "man" termasuk lafaz umum..

Bagi anak kecil yang murtad atau orang gila yang murtad, tidak sah hukuman bunuh ini sebab keduanya bukan mukallaf. Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam bersabda,
Di angkat pena dari tiga orang, anak kecil hingga baligh, orang tidur hingga bangun dan orang gila hingga dia sembuh.

Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu 'Alayhi Wasallam. memerintahkan agar menasihati orang murtad. Demikian juga yang dilakukan oleh Umar

Dari Muhammad bin Abd al Allah bi Abd al Qariy berkata, 'Seorang lelaki dari sisi Abu Musa menghadap kepada Umar bin Khattab. 'Umar bertanya kepada lelaki tersebut, "Apakah ada khabar dari daerah yang jauh?" Lelaki itu menjawab, "Ada! Iaitu, seorang lelaki telah kafir setelah dahulunya beragama Islam. " Umar berkata, "Apa yang engkau lakukan?" Dia kudekati lalu aku membunuhnya." Umar berkata, "mengapa engkau tidak penjara di rumahnya saja selama tiga hari, kemudian engkau beri makan roti setiap harinya, dan engkau anjurkan agar bertaubat, barangkali dia bertaubat, dan kembali ke agama Allah? Ya Allah, sungguh aku tidak setuju tindakan ini, dan aku tidak redha bila mendengarkannya"

Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, "Bahawa Abu Bakar Radiallahu anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar Radiallahu Anhu) membunuh wanita itu."

Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan. Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat.

Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang murtad di mana kemudian Mu'az memerintahkan untuk membunuhnya. sebelum kedatangan Mu'az.

Diriwayatkan dari Umar bahawa waktu untuk bertaubat adalah tiga hari, jika dia bertaubat maka taubatnya diterima, jika tidak maka dia dibunuh.

Walaubagaimanapun, taubat ini diterima jika dia tidak mengulangi kemurtadannya. Jika ternyata dia mengulangi lagi kemudian maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak). Firman Allah Subhanahu Wa Taala:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman Kemudian kafir, Kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, Kemudian bertambah kekafirannya, Maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.[ Al- Nisa' 4:137]

Maka sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka bermaksud Allah tidak akan menerima taubat mereka. Oleh itu negara tidak boleh menerima taubat mereka.

Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, "Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamah al Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Mas'ud dan menceritakan kejadian itu.

Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya:

"Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh."

Dari segi perlaksanaan hukum, mereka yang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara bermakna, hanya negara sahaja (orang yang diberi hak oleh negara/penguasa) yang berhak menetapkan dan menjatuhkan hukuman bunuh tersebut.

3.2 Bilakah Seseorang Dianggap Murtad?

Menurut Syaikh Dr. 'Abdurrahman al-Maliki, seorang Islam jatuh kafir dengan empat indikasi seperti berikut, (1) dengan keyakinan (i'tiqad), (2) dengan keraguan (syak), (3) dengan perkataan (al-qaul), (4) perbuatan.

Pertama, dengan keyakinan. Ini dilihat dari dua sisi; (a) menyakini dengan pasti sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintah, atau yang dilarang. Contohnya menyakini, bahawa Allah memiliki sekutu. Menyakini bahawa Al-Quran bukanlah Kalamullah. (b) mengingkari sesuatu yang sudah maklum dalam masalah agama seperti mengingkari jihad, mengingkari keharaman khamr, mengingkari hukum potong tangan, dan lain-lain.

Kedua, keraguan dalam berakidah, dan semua hal yang dalilnya qath'i. Contohnya, ragu bahawa Allah itu satu; ragu bahawa Muhammad Salallahu 'Alayhi Wasallam adalah Rasulullah; atau ragu tentang hukum sebat bagi penzina ghairu muhshon.

Ketiga, dengan perkataan yang jelas, tidak perlu ditafsirkan atau dita'wilkan lagi. Contohnya, seseorang yang mengatakan bahawa 'Isa adalah anak Allah, Muhammad bukan nabi, dan lain-lain. Sedangkan perkataan yang masih belum jelas, atau masih perlu dita'wilkan maka tidak memurtadkan pengucapnya.

Keempat, dengan perbuatan yang jelas tanpa perlu ta'wil lagi. Contohnya, menyembah berhala, melakukan ibadat di gereja dengan tata cara ala gereja, sembahyang di Gudwara atau Kuil Hindu dengan ritual Hindu, dan lain-lain. Sedangkan perbuatan yang belum jelas, tidak mengkafirkan pelakunya seperti masuk ke gereja, membaca Injil, dan lain-lain.

3.3 Harta Orang Murtad

Seorang yang murtad sebelum dia bertaubat, maka dia adalah pemilik hartanya, dan apa yang dia usahakan. Namun jika ia minta kembali kepada Islam dia menolak, maka dia dijatuhi hukuman bunuh; atau jika dia meninggal setelah kemurtadannya, maka hartanya digunakan untuk membayar hutang-piutangnya, serta mengurusi jiwanya, memberi nafkah kepada isteri, dan orang-orang yang ada dibawah tanggungjawabnya. Jika hartanya tidak tersisa ( berbaki ) setelah itu, maka masalahnya dianggap telah berakhir.

Namun jika ada sisa, maka hartanya diserahkan kepada baitul maal. Harta mereka disamakan dengan harta fai'. Sebab, orang yang murtad mesti diajak untuk kembali kepada Islam, namun jika dia menolak, maka dia wajib diperangi (dibunuh). Dalam situasi seperti ini, hartanya seperti harta fai'.

Dalilnya adalah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Bakar terhadap orang-orang yang murtad. Abu Bakar memerangi orang-orang yang murtad, dan menghalalkan darah dan merampas harta mereka, disebabkan oleh kemurtadan mereka. Atas dasar itu, harta mereka bagaikan harta ghanimah. Seluruh shahabat menyetujui tindakan ini. Ini bermakna, apa yang dilakukan oleh Abu Bakar Radiallahu Anhu telah menjadi Ijma di kalangan para shahabat.

4.0 SANGGAHAN TERHADAP PENAFSIRAN SONGSANG

Dunia Barat yang dengki dan membenci Islam dan kaum muslimin terus menerus menyerang agama Islam. Di satu sisi mereka mencela Islam dengan cara mengada-adakan sesuatu yang tidak ada dalam Islam, sementara di sisi lain mereka menjelek-jelekan sebahagian hukum-hukum Islam, padahal semuanya adalah hukum-hukum yang tidak diragukan lagi kebenarannya dalam menyelesaikan masalah dan persoalan hidup. Menghadapi serangan seperti ini, kaum muslimin terutama kalangan intelektualnya berada pada posisi yang sangat lemah dimana mereka rela menerima Islam sebagai pihak yang tertuduh, lalu mereka berusaha untuk membelanya. Dalam rangka menghindari tuduhan seperti itu, mereka berusaha menginterpretasikan (menakwilkan) hukum-hukum Islam . Sebagai contohnya anda boleh melihat bagaimana umat Islam menyamakan Islam dengan hukum buatan manusia ini.

5.0 Hukuman Mati Bertentangan Dengan Al-Quran

Di zaman sekarang ramai orang Islam yang tidak menerima bahawa hukuman bagi orang murtad – yang tidak mahu bertaubat – adalah hukuman mati. Salah satu alasan adalah bahawa hukuman tersebut bertentangan dengan prinsip tidak ada paksaan dalam hal agama (al-Dien), yang terdapat dalam al-Qur'an surah al-Baqarah [2] ayat 256: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat."

Kesalahan atas memahami fakta murtad dan ayat di atas adalah disebabkan kefahaman yang keliru, dan pertentangan itu lahir atas kesalahan mereka memahami ayat di atas !.

Ahad, 19 Julai 2009

Tip Berhenti Merokok

KESIHATAN


Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Mengapa harus berhenti merokok?

Merokok memberi keburukan kepada semua individu Ia tidak memberi kebaikan kerana:

* Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.

* Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.

Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:

* Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak.

* Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah.

* Mendapat asma.

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

* Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

* Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok.

* Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok.

* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan.

* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.

* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat.

* Meningkatkan deria bau dan rasa.

* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar.

* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok.

* Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

* Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.

* Meningkatkan kesuburan.

* Meningkatkan tahap 'kelakian'.

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

* Tetapkan tarikh untuk berhenti.

* Yakin dir.i

* Buatkan nota peringatan.

* Katakan pada diri anda "saya bukan perokok".

* Sentiasa berfikiran positif.

* Dapatkan sokongan.

* Gunakan terapi penganti nikotin.

* Amalkan 12M untuk berhenti merokok.


Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1. Melengah-lengahkan

* Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar.

2. Menarik nafas panjang

* Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan.

3. Minum air

* Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

4. Menyibukkan diri

* Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

5. Menjauhkan diri

* Jauhkan diri daripada orang yang merokok.

6. Mengelakkan diri

* Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

7. Mengunyah sesuatu

* Seperti gula-gula getah dan memakan buah-buahan. Elakkan sesuatu yang manis.

8. Membasuh tangan selalu

9. Mandi dengan kerap

10. Meregangkan otot

* Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

11. Meditasi

12. Memohon doa

* Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhento merokok.


Adakah saya kuat merokok? Adakah saya mengalami ketagihan rokok?

Anda boleh menentukan kebergantungan anda kepada tembakau dengan menjawab soalan-soalan di bawah.
Status kebergantungan.

Ujian Modifikasi Fagerstrom untuk kebergantungan nikotin

1. Berapa lama anda menghisap rokok yang pertama selepas anda bangun dari tidur?

* Dalam masa 5 minit (3 mata)
* 5 hingga 30 minit (2 mata)
* 31 hingga 60 minit (1 mata)
* Selepas 60 minit (0 mata))

2. Adakah anda merasa sukar untuk tidak merokok di tempat larangan merokok seperti di gereja, sekolah, panggung wayang, perputakaan, dalam bas, di mahkamah atau di hospital?

* Ya ( 1 mata)
* Tidak ( 0 mata)

3. Waktu merokok manakah yang paling anda benci untuk berhenti, waktu merokok manakah yang anda hargai?

* Yang pertama di pagi hari ( 1 mata )
* Sebarang masa ( 0 mata )

4. Berapa batang rokok anda hisap setiap hari?

* 10 atau kurang ( 0 mata )
* 11 hingga 20 ( 1 mata )
* 21 hingga 30 ( 2 mata
* 31 atau lebih ( 3 mata)

5. Adakah anda merokok lebih banyak dalam beberapa jam pertama selepas bangun tidur berbanding dengan waktu lain pada hari tersebut?

* Ya ( 1 mata )
* Tidak ( 0 mata

6. 6. Adakah anda masih merokok walaupun sakit dan berada di atas katil sepanjang hari, atau semasa mendapat selsema dan sukar untuk bernafas?

* Ya ( 1 mata )
* Tidak ( 0 mata )

Pemarkahan:

* 7 hingga 10 mata = sangat bergantung

* 4 hingga 6 mata = sederhana

* Kurang dari 4 mata= minima

Khamis, 16 Julai 2009

Benarkah bulan terbelah di zaman Rasulullah saw

Oleh : Didit_ndut

TAZKIRAH


bulan terbelah

Benarkah Bulan Pernah Terbelah?

“Sungguh telah dekat hari qiamat, dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”.

Dalam al quran digital versi Depag, bulan baru akan terbelah di hari kiamat.
“Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan “terbelahnya bulan” ialah suatu mukjizat Nabi Muhammad SAW”. Jadi kejadian ini merujuk ke pada “the future” bukan “the past”.

Hal ini agak bertentangan dengan berbagai posting di blog seperti yang saya kutip di bawah ini

“Dalam kisah-kisah hadits yang diperkuat oleh seorang ahli geologi Inggris yg muslim Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar yang meng”interpretasikan” foto Nasa tersebut sesuai kisah hadits”
(http://gubug-koe-surga-koe.blogspot.com/2007/08/mukjizat-rasulullah-membelah-bulan.html), Dalam Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab2 hadits yang terkenal lainnya,

Mereka meminta kepada nabi Muhammad (saw) untuk membelah bulan. Kata mereka, “Seandainya kamu benar2 seorang nabi, maka belahlah bulan menjadi dua.”

Rasulullah (saw) berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?”

Mereka menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah (saw) memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah (saw) berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu.”

Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata, “Ini sihir!” padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan seksama.

Atas peristiwa ini Allah (swt) menurunkan ayat Al Qur’an: ” Telah dekat saat itu (datangnya kiamat) dan bulan telah terbelah. Dan jika orang2 (kafir) menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka mengingkarinya dan mengatakan bahwa itu adalah sihir.” (QS Al Qomar 54:1-2)

Telah Dekat Kiamat, Bulan Telah Terbelah Allah berfirman: “Sungguh telah dekat hari kiamat, dan bulan pun telah terbelah.” (Q.S. Al-Qamar: 1)

Menurut Ibni Abbas dan Shah Abdul Al Azis, fenomena tersebut hanyalah seperti fenomena gerhana bulan biasa.

Nampaknya hadits-hadits yang menomentari fenomena tersebut cukup banyak. Sehingga ini tentunya bukan fenomena sekedar gerhana. Di beberapa tafsir dia artikan bahwa Bulan adalah simbol/ lambang bendera dan kekuatan politik Qurais di Arab, sebagaimana matahari sebagai simbol bangsa Persia.

Terbelahnya bulan menunjukkan terpecahnya bangsa Qurais dalam perang Badr yang menunjukkan kematian para pemimpin Qurais. Pecahnya perang tersebut 1 thn setelah yml saw hijrah telah membelah kekuatan kaum Quraish menunjukkan penzahiran dari ayat di atas. Ini adalah bukti rasulullah saw dapat mebelah bulan.

Melihat foto di atas, menurut Didit_ndut yang juga belajar geologi tapi belum jadi professor dan juga bukan pakar telematika sekaliber Roy Suryo :
“Saya agak berbeda dengan interpretasi Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar”. Melihat foto bulan tersebut, dia melihat beberapa kenampakan morfologi (permukaan) bulan sbb:
1. Foto tersebut memiliki dua sumber cahaya (sinar) yang dilihat dari dua arah bayangan yang berbeda dan saling tegak lurus (misal bayangan dalam cekungan yang membulat dan bayangan dari lembah yang memanjang yang saling tegak lurus).
2. Terdapat fenomena garis lurus putih, paralel dengan lembah memanjang yang nampaknya bukan akibat kerusakan sensor perekam yang sampai sekarang didit_ndut masih bingung, fenomena apakah itu?.
3. Dimensi foto itu sangat besar, berarti sekala foto itu sangat kecil.
4. Dalam foto sekala sangat kecil maka kemungkinan lembah memanjang itu memiliki dimensi puluhan or ratusan km, demikian juga diameter kawah yang terbentuk akibat hujan meteor.

5. Apabila dimensinya cukup besar, maka seharusnya dapat dilihat dari berbagai stasiun observer di bumi, kecuali apabila dia selalu berada di sisi bayangan bulan.
6. Lembah memanjang itu terbentuk bukan akibat hantaman meteor tetapi akibat proses endogen yang di bumi disebut sebagai normal fault (sesar normal).
7. Di kaki lembah terdapat gundukan sedimen memanjang dengan diameter yang besar dalam kilometer berupa spoor dan triangular facet.
8. Pembentukan spoor dan triangular facet sebagai pengisi lembah dengan kenampakan teras (bertingkat) menunjukkan proses membelahnya (fault) itu terjadi dalam beberapa tahap secara perlahan.
9. Terpotongnya spoor oleh kawah, menunjukkan adanya hantaman meteor besar setelah terbentuknya spoor atau jauh setelah terjadi pembelahan. (Jadi membelah dahulu baru terhantam meteor).
10. Proses pembelahan dan sedimentasi ini berlangsung dalam sekala waktu geologi (ratusan ribu or bahkan jutaan tahun).
11. Agak sulit diinterpretasikan bahwa kejadian ini terjadi pada masa yml Rasulullah saw hidup (yaitu sekitar 1300 tahun yll), karena proses ini kemungkinan terjadi jauh sebelum beliau lahir.
12. Bila benar bulan itu membelah pada zaman yml saw hidup, maka seharusnya juga tercatat dalam prasasti or catatan sejarah bangsa-bangsa lainnya. Karena tahun 700an Masehi, jangankan bulan yg membelah, gempa bumi dan gunung meletus sudah mulai tercatat dalam berbagai situs. Didit_ndut belum pernah menemukan situs yang mencatat terbelahnya bulan di masa yml saw hidup.

Tulisan ini bukan dibuat karena penulis tidak percaya kepada mukjizat dari Allah swt, tetapi karena takut, apabila penjelasan yang seolah-olah ilmiah dari berbagai kalangan ternyata keliru dan terbukti salah. Dengan dating radioisotop, kita dapat mengetahui umur absolute endapan di dalam rekahan tersebut, apabila ternyata umurnya mencapai ratusan ribu bahkan jutaan tahun yang lalu sebagaimana uraian di atas, maka akan memberi kesan bahwa mukjizat yml saw adalah palsu. Oleh karena itu dituntut kehati-hatian dalam melihat fenomena alam dan menghubungkannya dengan mukjizat.

Wassalam,


Selasa, 14 Julai 2009

Pahala anak yang mengerjakan haji untuk kedua orang tuanya

HADITH


DARI Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak kedua ibu bapanya atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah SWT).

Dari Jabir bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”.

Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu. Seseorang tidak boleh mengerjakan haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan haji untuk dirinya.

Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan haji untuk Syubrumah lalu bersabda “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab “saudaraku”. Nabi SAW bertanya “Adakah engkau telah mengerjakan haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab “belum”. Sabda Nabi SAW “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu kemudian barulah kerjakan haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah).

Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.

Khamis, 9 Julai 2009

Tafsir al-Maidah ayat 79: Mesti tegur menegur

TAFSIR


Mesti ada tegur menegur antara satu sama lain. Sebagai contoh jika isteri melakukan maksiat, suami mestilah menasihatinya, begitulah sebaliknya.

Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu bukan semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.

Tangungjawabnya dalam soal mencegah kemungkaran, sudah ditunaikan sementara maksiat yang dibuat pula sudah pasti merupakan suatu dosa yang dikenakan ke atas perbuatan itu.

Perbuatan cegah mencegah antara satu sama lain tidak berlaku di kalangan kaum Bani Izrail. Cegah mencegah antara satu sama lain boleh berlaku antara ahli maksiat.

Misalnya, ada di kalangan kaki judi atau pencuri merasakan perbuatan mereka itu perlu ditinggalkan kerana ia tidak mendatangkan faedah satu pun melainkan menyusahkan orang lain. Lalu mereka nasihat mensihati antara satu sama lain sekali gus meninggalkan perbuatan berkenaan.

Ini bermakna bukan ahli maksiat itu tidak mengerti bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu tidak baik tetapi nafsu bermaharajalela dalam diri mereka menyebabkan perbuatan itu masih menjadi amalan mereka.

Akhirnya dengan hidayah Allah mereka meninggalkan perbuatan jahat itu.

Menurut hukumnya sah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu berlaku di kalangan orang yang melakukan maksiat.

Ini kerana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "sesungguhnya kadang kala Allah menolong agama ini dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh orang jahat."

Ini kerana apabila orang baik tidak berani, Allah jadikan orang jahat mencegah kemungkaran supaya penduduk sesuatu kampung itu tidak diturunkan bala.

Menjadi sebab turunnya bala ke atas umat zaman dahulu kerana tidak ada di kalangan mereka orang yang mencegah kemungkaran.

Di kalangan umat Muhammad pula, pernah berlaku Islam ditolong oleh orang fasik. Menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran berlaku di kalangan mereka dan perbuatan itu dikira sah di sisi ulama.

Tidak menjadi syarat orang yang menyuruh melakukan perkara baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada sebarang kejahatan dan maksiat.

Tidak dinafikan pentingnya sesiapa yang menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran itu orang yang bersih daripada maksiat tetapi tidak menjadi halangan kepada sesiapa sahaja yang ingin mencegah kemungkaran walaupun mereka sendiri melakukan maksiat.

Disebut di dalam hadis sahih di dalam kitab Riyadhus Solihin bahawa terdapat seorang lelaki pada hari kiamat, perutnya panjang berjela-jela dan diikat pula pada penunggul.

Kemudian perutnya diheret menggelilingi penuggul tersebut seperti beruk mengheret tali di sekelilingnya.

Manusia mengerumuni mereka seraya bertanya, "kenapa kamu dijadikan sedemikian rupa sedangkan di dunia dahulu kamulah orang yang sedap bercakap dan kamu ini seorang ustaz yang kerja kamu mencegah orang daripada melakukan maksiat dan menyuruh mereka melakukan kebaikan?"

Lalu dia menjawab,"aku menyuruh orang buat baik tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Inilah balasan yang Allah berikan kepada aku."

Yang melakukan maksiat, Allah akan menghukum dan memberi balasan setimpal dengan perbuatannya. Bagaimanapun kewajipan amar makruf nahi mungkar suatu tanggungajawab yang mesti ditunaikan oleh sesiapa sahaja di kalangan umat Islam.

Berlaku pada zaman dahulu, seorang raja yang tabiatnya suka minum arak. Walaupun demikian dia tetap mengharamkan arak dan menghukum rakyatnya yang meminum minuman memabukan itu. Tetapi dia sendiri adalah peminum arak, masih tidak meninggalkan perbuatan haram tersebut.

Ertinya perbuatan menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran hendaklah dilakukan oleh umat Islam.

Dalam hadis yang lain diriwiyatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."

Apabila berlaku demikian Allah Ta’ala mengazabkan orang yang khusus (tertentu) mengerjakan maksiat dan orang ramai yang tidak melakukan maksiat turut sama ditimpakan azab."

Ini adalah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. - lanh

Isnin, 6 Julai 2009

Misteri Wahhabi Di Malaysia

DAKWAH


Perkataan ‘wahhabi’ dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak ‘western influence’. Clinton Bennet memasukkan ‘wahhabis’ dan deobandis dibawah kelompok ‘traditionalists’ yang bererti sekaligus berada di bawah aliran ‘fundamentalist’ (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahhabi sebagai aliran yang menganggap ‘hanya Islam agama yang benar’, wajib menegakkan ‘Islamic State’, adanya ‘jihad’ menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur ‘padang pasir’ sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan ‘wahhabi’ adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham. Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salahguna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahhabi”. Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahhabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahhabi”. Maka tidaklah berani lagi ‘penasihat’ itu berbeza pandangan dengan ‘tok imam’ dan mempertikaikan ‘infallibility’ ustaz, takut jadi wahhabi.

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahhabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar ‘ustaz’, bahkan merekalah punca. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka ‘sang ustaz’ itu dengan mudahnya akan menyebut: ‘awak wahhabi’.

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahhabi. Padahal kitab melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendir, mengapa mereka merasa diri infallible, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata ‘awak wahhabi’.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam. Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk ‘bisnes’ mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan ‘kartun’ dan ‘lucu’. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya ‘awak wahhabi’. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin ‘Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahhabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahhabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahhabi”. Apa itu wahhabi? Jawab mereka wahhabi itu wahhabi! Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia ‘aliran pengkafir umat’ yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahhabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi’i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahhabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah ‘mereka ini’ apabila menjadi ‘penasihat-penasihat’ bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab. Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal ‘sesetengah mereka ini’ di luar mesyuarat bank yang ber‘elaun’ itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahhabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai ‘wahhabi’. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahhabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahhabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahhabi dan sesat, yang tertutup itulah yang ‘membolot segala kebenaran’. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan ‘pereputan’ kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, lima puluh tahun kemerdekaan, bukan muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk Fundamentalisn vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan maka golongan pembaharuan akan ditentang. Bagi saya, bukan isu wahhabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat ‘kedudukan’ seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mensyuarat itu sebagai ‘bank mazhab wahhabi’.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua ‘occomodation or resistance’. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahhabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahhabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahhabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.

Ahad, 5 Julai 2009

Kisah kelebihan Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

HADITH


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Sabtu, 4 Julai 2009

10 Jenis Solat yang tidak diterima oleh ALLAH

HADITH


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Antara Keadilan dan Kezaliman

TAZKIRAH


Kita perlu jelas dalam persepsi terhadap makna keadilan dan makna kezaliman, Tanggapan orang kampung apabila pukul kepala atau belasah pun nama zalim. Tidak memberi hak yang sewajar termasuk juga dalam zalim.

Kita melihat bagaimana langkah-langkah yang diambil terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai contohnya dalam mengagihkan pelaburan, dalam mengagihkan pelaburan asing.

Di sana ada kempen-kempen yang tidak menggalakkan pelaburan pergi negeri-negeri lain daripada yang diperintahkan oleh Barisan Nasional (BN) apabila kita sebuah negara yang mengamalkan federalisme.

Federalisme ini mengiktiraf negeri-negeri yang dipilih oleh rakyat kerajaan tertentu. Dalam hal yang tertentu pihak BN sebagai contoh, di Terengganu semasa kita memerintah dirampasnya royalti petroleum walaupun di sana ada perjanjian.

Kami tidak lupa peristiwa ini. Sabah sendiri yang sudah 50 tahun ketinggalan. Jalan berpuluh kilometer sahaja tidak ada lebuh raya. Di Sarawak saya pergi kempen pilihan raya barangkali wakil rakyat kenal rakyat masa pilihan raya sahaja.

Ini termasuk dalam perngertian kezaliman dan kita tidak boleh hendak hapuskan kemiskinan kalau boleh biar mengatasi masalah kemiskinan. Hendak atasi masalah kemiskinan pun kita tidak mencapai kadar kemiskinan yang masih besar dalam negara kira.Begitu juga kadar pengangguran masih besar.

Sekarang kita masih menghadapi krisis ekonimu yang melanda dunia dan tempias masuk ke dalam negara kita. Kita mahu satu pembelaan yang wajar kepada mereka yang dibuang kerja.

Saya lihat dalam TV bagaimana negara komunis walaupun dia komunis dia zalim, kadangkala dia sebagai contoh yang perlu kita ambil.Menyediakan peruntukan untuk memberi bantuan kepada pekerja-pekerja yang dibuang kerja. Ini satu amalan yang perlu diambil contoh oleh kerajaan.

Apa yang berlaku di Perak, di mana kita tidak ada arahan untuk memaki Raja, kita tidak mahu bertempur dengan Raja kerana kita mendukung Raja Berperlembagaan.

Raja berperlembagaan dengan seti yang sebenarnya. Siapa yang membubar Perlembagaan, yang merampas kuasa Raja-raja? Kita tidak mahu Raja-raja memberi kuasa mutlak.

Akan tetapi apa yang berlaku ialah, pemimpin Umno telah mengambil kuasa mutlak daripada Raja-raja dia sendiri untuk menyalah gunakan kuasa dan inilah yang mencelarukan negara. Saya tidak menyanggah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Titah itu menggambarkan perpaduan yang rapuh. Inilah yang saya sebutkan. Perpaduan yang masih rapuh yang perlu kita tegakkan.

Dalam membina perpaduan rakyat, mesti kita membina modal insan. Modal insan adalah modal diri manusia. Untuk membina manusia mestilah dengan ilmu, dengan iman dan dengan akhlak.

Di sinilah Islam memulakan ayat yang pertama yang bermaksud, "bacalah dengan nama Tuhan-Mu".

Ilmu yang dibaca dengan iman dan dengan akhlak. Ilmu adalah asas untuk membangunkan manusia yang menjadi masyarakat madani dan masyarakat Hadhari atau madani, masyarat yang bertamadun.

Perkataan hadarah yang bererti bandar dan hadir berhimpun di satu tempat dan Tuhan jadikan manusia ini hidup bermasyarakat.

Manusia tidak boleh menghasilkan keperluan secara individualistik. Mestilah bermasyarakat, perlu berhimpun dan tukar menukar antara satu sama lain.

Ini yang dimaksudkan dengan madani. Baju yang kita pakai daripada kain, kain daripada benang, benang daripada kapas dan kapas ditanam. Untuk tanam kapas kena ada benih dan cangkul.

Cangkul daripada besi. Tidak mungkin seorang manusia mahu sehelai baju, dia buat kerja semua.

Dia yang cari besi untuk cangkul, dia cari benih kapas dan dia seorang yang pintal benang. Sampai kiamat dan sampai mati tidak jumpa baju dan bertelanjang.

Mesti ada manusia yang melombong, ada manusia yang bercucuk tanam, ada manusia yang berniaha dan semua pihak ini berhimpun dalam satu bandar yang dinamakan Madinah. Inilah madani. Ini makna madani.

Inilah makna hadhari. Kehadiran. Mereka bertemu di satu tempat dan manusia yang hadir ini mestilah dibangun kemanusiaannya dengan ilmu dan dengan akhlak yang tepat. Dengan ilmu yang memberi manfaat.

Bukan ilmu yang tidak memberi manfaat. Ini salah satu yang perlu kita faham. Kita mendukung kerajaan membina sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian yang banyak tetapi sejauh mana kita berjaya dalam modal insan.

Kita sedang menghadapi keadaan yang parah. Anak-anak muda yang tinggal di pusat serenti lebih ramai daripada di universiti. Ini satu hal. Ini menunjukkan modal insan kita dalam keadaan begitu celaru. Dia perlu selesai. Di sana ada tempat yang tidak kena. Kita mahu rakyat yang berilmu dengan sebanyak-banyaknya.

Untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyaknya, mestilah dengan bahasa ibunda. Untuk mendalami dan menimba ilmu daripada bangsa asing itu perlu kita mengetahui bahasa asing. Tidak menjadi salah. Digalakkan belajar ilmu bahasa asing. Akan tetapi hendak mengilmukan rakyat sebanyak-banyaknya mestilah dengan bahasa ibunda.

Bahawa kita sendiri telah menonjolkan slogan dalam tahun 60-an Bahasa Jiwa Bangsa. Apabila kita buang bahasa kita, kita menghilangkan jiwa bangsa kita sendiri. Kita telah menerima satu hakikat yang sangat baik.

Semua kaum menerima bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa pengantaraan di anatar kaum yang mengilmukan rakyat.

Jumaat, 3 Julai 2009

Islam Hadhari penuh dengan ciri kezaliman

SEJARAH


Islam yang pernah menguasai wilayah yang begitu besar dan luas dari bekas jajahan takluk dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi, begitu juga wilayah lain, telah memerintah dengan adil sehingga Islam dikira menjadi penyelamat dan pembebas bangsa yang dijajah.

Sebelum kedatangan Islam, mereka telah diperintah dengan begitu zalim oleh kerajaan sebelumnya. Kerajaan Islam telah diterima oleh penduduk dengan penuh sukarela dalam keadaan mereka tidak dipaksa menganut Islam.

Mereka telah berpegang dan beramal dengan agama asal masing-masing . Mereka juga dibenarkan bekerja dan memiliki harta. Kerajaan Islam diwajibkan berlaku adil terhadap mereka. Ini adalah perintah agama Islam yang sentiasa mengambil kira perhitungan dosa dan pahala di hadapan Allah, bukan kerana maslahah duniawiyyah.

Sikap ini telah menyebabkan penduduk di wilayah yang diperintah telah menerima sistem Islam secara rela hati. Sehingga hari ini masih terdapat keturunan asal warga bukan Islam yang terus menganut agama mereka dan juga masih terdapat rumah-rumah ibadat mereka yang dibina sejak ribuan tahun yang lalu tanpa diroboh dan diganggu-gagat oleh kerajaan Islam.

Suasana ini masih terdapat di Mesir, Yaman, Parsi (Iran), India dan lian-lain. Selepas pembukaan wilayah baru Islam, hanya segelintir pegawai Islam ditinggalkan menjadi pemimpin dan pentadbir di tengah-tengah majoriti besar masyarakat bukan Islam.

Warga bukan Islam di wilayah-wilayah baru ini lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam, dan akhirnya menganut Islam.

Bangsa-bangsa yang menganut Islam, begitu juga yang kekal dengan agama asal telah memberi sumbangan besar kepada Hadrah Islamiyah dalam segenap bidang.

Terdapat di kalangan keturunan mereka yang menganut Islam telah menjadi ulama terbilang seperti imam Bukhari, Muslim, Tirmizi, Al-Ghazali dan lain-lain. Selain menjadi tokoh dalam bidang ilmu agama, ramai dari mereka yang menjadi tokoh ilmu duniawi seperti Ibnu Sina dan Al-Khawarazmi.

Mereka ini bukan dari kalangan berbangsa Arab, tetapi turut sama memberi sumbangan yang besar menyalurkan ilmu ke dalam bahasa Arab ikut melahirkan Hadrah Islamiyah.

Buku-buku dalam bahasa asing telah diterjemah ke dalam bahasa Arab. Istilah berbagai ilmu juga ditukar ke dalam bahasa Arab. Bukan seperti Islam Hadhari ciptaan Umno, mundur ke belakang kepada suasana zaman penjajahan, dengan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris.

Bahkan mereka bertindak lebih daripada penjajah seperti melaksanakan strategi bagi mematikan penggunaan huruf jawi. Cara yang mereka lakukan ini begitu membahayakan akidah dan budaya. Melalui perdagangan ilmu, mereka telah menjual maruah bangsa dan bahasa sendiri.

Sesungguhnya Islam telah berjaya mengumpulkan ilmu yang diambil daripada pelbagai bangsa dan bahsa. Is ditajdidkan semula dengan disadurkan prinsip dan sifat Islam.

Selain dari itu, ilmu-ilmu tadi telah diterjemah ke dalam bahasa Islam (Arab) oleh para ilmuan Islam terbilang, yang akhirnya telah berjaya melahirkan Hadrah Islamiyah yang berbeza dengan tamadun yang lain.

Bertolak daripada keadilannya yang menguasai hati manusia yang bersirikan Islam, maka bangsa dan negeri yang menganut Islam telah menjadi penyumbang kepada Hadrah Islamiyah.

Sementara Islam Hadhari ciptaan Umno, sebenarnya penuh dengan ciri-ciri kezaliman. Undang-undang yang digubal melalui akta-akta sebenarnya tidak bersifat Hadharah (tamadun). Undang-undang yang digubal lebih bermatlamat untuk menjaga kedudukan dan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya.

Selain dari itu ianya bertujuan untuk mengongkong kebebasan ilmu, melalui akta universiti yang menekan para pensyarah dan pelajar. Mereka membelenggu media, menutup penyelewengan mereka di atas nama menjaga rahsia rasmi (OSA), tetapi sebenarnya menjaga dan melindung tokoh-tokoh yang tidak bermaruah.

Mereka akan bertindak ke atas sesiapa sahaja kalau dikritik dengan tajam, walaupun is benar. Tindakan yang dilakukan adalah di atas nama keselamatan dalam negeri (ISA) dan lain-lain.

Semuanya ini adalah langkah yang membantut perkembangan intelektual dan kebijaksanaan rakyat bagi melahirkan hadrah (tamadun). Kalaupun Islam Hadahri ini berjaya mencapai kemajuan kebendaan, ia hanya akan membakar diri sendiri senasib dengan tamadun jahiliayj pada zaman silam.

Peristiwa kehakiman yang menimpa mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah lembaran sejarah jahiliyah moden yang menconteng kemurnian badan kehakiman yang sepautnya wajib dipertahan dan dipelihara.

Lebih malang lagi apabila maruah sudah tidak adalam dalam kehidupan. Semua pihak yang tidak peka dengan peristiwa seperti ini wajar ditanya ke mana perginya iman seperti yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Tiadalah seorang Nabi yang telah dibangkit oleh Allah sebelumku, melainkan Allah mengadakan baginya di kalangan umatnya para pengikut yang setia dan para sahabat yang mengambil ajarannya dan mengikut perintahnya, kemudian tinggallah selepas mereka (setelah Nabi tu wafat), pengikut yang menyeleweng, mereka berkata apa yang tidak dilakukan (dalam keadaan ada kemampuan) dan melakukan apa yang tidak diperintah (oleh agama).

Maka sesiapa yang berjihad menentang (kemungkaran) dengan tangannya, maka dia beriman, yang berjihad dengan lidahnya dia beriman dan yang berjihad dengan hatinya juga dia beriman, tidak ada lagi iman selepas itu walaupun sebenar biji yang paling halus." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Seterusnya amaran Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Apabila kamu melihat umatku merasa kegerunan (tidak ada yang berani) berkata kepada si zalim : Wahai si zalim! Maka diucap selamat tinggal kepada mereka. Mengikut riwayat yang lain, perut bumi lebih baik dari permukaannya (lebih baik ditimbus ke dalam kubur." Hadis riwayat Imam Ahmad.

Daripada buku : Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari, muka surat 103-107

Memusuhi ulama bererti memusuhi Allah

TAZKIRAH


Orang yang bermusuh dengan para ulama adalah bermusuh juga dengan Allah SWT. Apabila seseorang itu berseteru dengan orang yang menjalankan kerja-kerja menegakkan hukum Allah SWT, maka itulah maknanya orang itu bermusuh dengan Allah.

Firman-Nya menerusi ayat 98 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasuk-rasul-Nya, khasnya malaikat Jibrail dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana Sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir."

Ayat ini terang dan jelas menunjukkan bahawa orang yang menentang Allah, ulama-ulama Islam yang membawa ajaran Islam yang sebenarnya adalah kafir di sisi Allah SWT.

Oleh kerana itulah mengikut apa yang disebut di dalam kitab-kitab yang membahaskan tentang masalah akidah, antara perkara yang membolehkan seseorang itu menjadi kufur ialah bermusuh dengan Allah atau bermusuh dengan wali-wali Allah atau bermusuh dengan orang yang menyebarkan ajaran Allah di atas muka bumi ini. Bermusuh dengan mereka semata-mata merana mereka mahu menegakkan amaran keras, bahawa sesungguhnya Allah bermusuh dengan orang-orang kafir.

Ini bermaksud barang siapa yang bermusuh dengan Allah, bermusuh dengan para pemimpin yang menyebarkan ajaran-ajaran-Nya, bermusuh dengan Rasul-rasul Allah, Jibrail dan malaikat Mikail serta malaikat yang lain adalah kafir kerana amarah Allah di dalam ayat tersebut.

Oleh kerana itu, kamu hendaklah sedar dan faham bahawa apabila kamu berseteru dengan Allah SWT dan menentang-Nya, maka mereka juga akan ditentang.Kita minta berlinding dengan Allah SWT daripada yang demikian itu, agar Allah SWT menjadikan kita ini termasuk di kalangan pengikut agama-Nya, di kalangan 'Jundullah' (tentera-tentera Allah) dan Allah Taala jadikan kita ini, pemimpin-pemimpin yang menjalankan ajaran-Nya serta menegakkan hukum-Nya bukan pemimpin yang mahu mencari keredhaan manusia semata-mata, tetapi mencari keredhaan Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.

"Patutukah (Mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.

"Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang menegaskan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)."

Ayat-ayat yang dibaca sebagaimana maksudnya yang tersebut dalam siri yang lalu, masih lagi menceritakan tentang perangai orang-orang Yahudi Bani Israil di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Mengikut kaedah ilmu tafsir, iktibar atau pengajaran itu diambil daripada lafaz yang umum bukan dari sebab-sebabnya yang khusus.

Iktibar dari sikap degil Bani Israil

Oleh itu, ayat-ayat ini hendaklah diambil iktibar oleh setiap orang Islam khususnya dan mereka umumnya agar mereka tidak berperangai seperti Yahudi dan inilah tujuannya. Memang orang Yahudi sukar untuk membaca ayat al-Quran, orang Islamlah yang bertanggungjawab membacanya, maka kita bertanggungjawab juga mengambil iktibar dari apa yang dibaca.

Di dalam ayat 99 surah al-Baqarah Allah SWT menyatakan yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik.."

Itu semua adalah tanda-tanda alamat yang nyata, bahawa Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya seorang Rasul dan Nabi SWT. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada Nabi-Nya ayat-ayat yang nyata dan terang serta tidak mengkafirkan dengannya melainkan orang-orang yang fasik.

Di dalam ayat tersebut, Allah SWT tidak mengatakan melainkan orang-orang yang kafir. Bagaimanapun orang kafir itu memang fasik juga atau dengan kata lain, sifat itu memang ada pada orang kafir. Tidak akan ingkar dengan tanda-tanda Allah SWT lahirkan kepada Nabi Muhammad itu melainkan oleh orang-orang yang fasik.

Orang yang jahat sahaja yang mengkafirkan dan tidak percaya dengan tanda-tanda serta ayat-ayat yang dinyatakan oleh Allah, menjadi bukit kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Di antara orang-orang yang fasik itu ialah orang Yahudi Bani Israil yang duduk di Madinah dan mereka melihat perangai dan batang tubuh Nabi serta tahu juga tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? bahkan kebanyakan mereka tidak beriman." Ayat 100 surah al-Baqarah.

Sebagaimana Allah menyatakan di dalam ayat-ayat yang lalu, Allah pernah membuat perjanjian dan materaikannya dengan cara yang dasyat seperti menurunkan petir sehingga mereka semua mati dan mereka itu hidup semula kemudian barulah mereka percaya dengan perjanjian itu.

Allah SWT pernah mengangkat bukit Tun Saina' di atas kepala mereka di mana Allah SWT mahu memateraikan perjanjian dengan orang Yahudi dengan mengangkat bukit itu di atas kepala mereka barulah mereka beriman kepada Allah.


- daripada buku : 'Umat yang dimurkai', Kuliyyah Tafsir surah al-Baqarah dari ayat 22 hingga 107, muka surat 167 hingga 172 -

Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 112 : Hidangan dari langit yang cetus fitnah

TAFSIR QURAN


Mengikut satu riwayat Salman al Farisi r.a. (yang diambil dari Abu Othman an-Nahdi), Nabi Isa a,a menukar pakaiannya dengan jubah yang diambil daripada bulu binatang yang berwarna hitam (pakaian yang kasar pembuatannya) untuk menyatakan tawaduknya kepada Allah SWT.

Menurut riwayatnya Nabi Isa a.s berdiri bertentangan kaki dan bertentangan buku lali dengan buku lali, meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya dan meletakkan pula di dadanya.

Nabi Isa a.s menundukkan kepalanya dalam keadaan khusyuk, berhadap kepada Allah dan menangis dengan permintaan itu sehingga bercucuran air mata yang mengalir melalui celah-celah janggutnya dan air matanya menitis di atas bumi sambil berdoa kepada Allah.

Doanya bermaksud: " Ya Allah Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan daripada langit, supaya menjadi suatu hari perayaan bagi orang yang awal di kalangan kami dan orang yang kemudian daripada kami dan menjadikannya sebagai tanda daripada-Mu, dan berilah rezeki kepada kami, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki."

Sebaik sahaja Nabi Isa a.a berdoa kepada Allah SWT kelihatan makanan turun di celah-celah awan. Mereka melihat hidangan itu turun dengan diletakkan di atas suprah (kain hamparan untuk hidangan) yang berwarna merah di bawah dan di atasnya serta dinaungi oleh awan di atas dan di bawahnya pula.

Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud : "Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah ia sebagai rahmat dari-Mu dan janganlah Engkau jadikannya sebagai fitnah kepada kami. Wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu, perkara yang menakjubkan dan Engkau telah mengurniakan kepada aku."

Hidangan itu turun dan diletakkan di hadapan Nabi Isa a.s., lalu baginda tersungkur sujud kepada Allah SWT, diikuti oleh hawariyyin yang juga sujud kepada Allah SWT.

Keluarlah daripada hidangan itu bauan yang sangat mengharumkan yang tidak pernah mereka menghidu bau itu sebelum daripadanya.

Lalu Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud: " Siapa di kalangan kamu yang paling kuat beribadat kepada Allah dan yang paling berani meminta hidangan itu, sila buka hidangan ini."

Bagaimanapun mereka tidak berani berbuat demikian. Hawariyyun dalam keadaan ketakutan. Mereka berkata: Wahai Ruhullah (Nabi Allah), engkaulah yang lebih berhak untuk membukanya."

Lalu Nabi Isa a.s berwuduh semula (memperbaharui air sembahyang), baginda kemudiannya bersembahyang dengan sembahyang yang baru dan berdoa kepada Allah dengan doa yang banyak.

Kemudian baginda a.s membuka hidangan itu. Tiba-tiba dalam hidangan itu terdapat ikan yang dipanggang yang diletak sekali dengan roti dan sayur-sayuran serta buah-buahan termasuk delima, zaitun dan tamar kecuali Quros (sejenid daun yang berbau busuk).

Mengikut riwayat yang lain Sham'un bertanya : "Wahai Nabi Allah, adakah makanan ini dari makanan syurga atau dari mana?"

Nabi Isa a.s memarahinya. Nabi Isa a.s bertanya: "Adakah kamu mahu bertanya lahi setelah Allah menurunkan kepada kamu hidangan ini? Aku takut Allah menyeksa kamu nanti."

Sham'un berkata, "demi Tuhan Bani Israil, saya tidak berniat jahat Wahai Nabi Allah."

Sham'un adalah pemimpin kepada Hawariyyun, lalu Nabi Isa a.s berdoa. Tiba-tiba ikan hidup semula. Mereka melihat ikan itu bergerak dan menggelepar.

Kemudian Nabi Isa a.s berdoa semula, tiba-tiba ia bertukar menjadi ikan panggang semula dengan bauan yang sedap dan nikmat dalam keadaan tulang-tulangnya dibuang (tinggal isinya sahaja).

Lalu Nabi Isa a.s mengatakan bahawa hidangan itu bukan daripada syurga. Tetapi Allah Ta'ala menjadikan hidangan itu dengan firman-Nya (tercipta hidangan itu di antara langit dan bumi).

Nabi Isa a.s menyuruh mereka makan tetapi mereka tidak berani memakannya. Nabi Isa a.s menyuruh orang- orang miskin, orang-orang tua, orang-orang buta dan orang-orang uzur supaya datang dan memakan hidangan itu.

Nabi Isa a.s berkata yang bermaksud: " Kamulah yang memakan hidangan itu dan kamu tidak memintanya. Hidangan itu tidak menjadi bala kepada kamu."

Lalu mereka makan hidangan itu. Yang meminta hidangan itu adalah golongan jutawan, bangsawan atau golongan atasan, bukan sebarangan orang.

Mereka mahu mencabar kenabian Nabi Isa a.s. Setelah diturunkan mukjizat, mereka tidak berani memakan hidangan itu.

Islam, agama mementingkan nasihat

TAZKIRAH


Nasihat menjadi tonggak penting dalam agama Islam, agar kebenaran dapat ditegakkan dan kebatilan dapat dimansuhkan. Peranan untuk menegakkan nasihat menjadi kewajipan seluruh umat di semua peringkat dan lapisan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat." Para sahabat bertanya: "Untuk siapa? Sabda Rasulullah s.a.w: "Untuk Allah, Rasul-Nya, untuk kitab-Nya, untuk para pemimpin dan orang ramai." - Hadis Sohih riwayat Imam Muslim dalam kitab al-Imam.

Nasihat untuk Allah ialah dengan menepati hukum-Nya, menegakkan agama-Nya dan hukum-hakam-Nya kerana Allah semata-mata. Bukan kerana mengampu, sehingga tidak berani untuk mencegah kemungkaran, tetapi hanya menyuruh yang baik secara terhad dan menjadi pengecut untuk mencegak kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa di dalam negara.

Umat Islam menjadi bertambah malang dengan kewujudan mereka yang disebut oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya 'Ihya' 'Ulumddin' sebagai 'ulama su' yang bersekongkol dengan mereka yang zalim serta sanggup menjadi syaitan bisu. Ini dilakukan kerana takutkan manusia sama seperti takutkan Allah SWT, atau lebih daripada takutkan Allah atau menganggap rezekinya di tangan pemerintah bukannya datang daripada Allah SWT.

Nasihat untuk Rasulullah pula ialah dengan menjadikan baginda contoh teladan di dalam semua perkara. Juga nasihat agar menepati sunnahnya dan meneruskan ajarannya setelah baginda wafat. Nasihat kerana Rasulullah sentiasa hidup, tidak wafat dengan kewafatan baginda, juga mencontohi keberanian baginda yang tidak gentar menghadapi sesiapa, walaupun kuasa besar dunia yang zalim.

Juga percaya kepada amanat Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang sohih bahawa menasihati kerajaan yang zalim adalah jihad akhbar (paling besar). Manakala riwayat yang menyatakan jihad hawa nafsu adalah paling besar, adalah dikira hadis daif, bahkan ada ulama hadis yang menyenaraikannya daripada kalangan hadis palsu, iaitu bukan hadis, tetapi kata-kata seorang yang bernama Ibrahim bin Ablah.

Nasihat kerana kitab Allah ialah dengan menegakkan isi kandungannya dalam segenap aspek. Ia termasuk akidah, syariat, akhlak, dan sistem kehidupan seluruhnya termasuk dalam perkara undang-undang supaya diamalkan dengan tepat. Juga menasihati mereka yang tidak beramal dengan cara yang tidak tepat supaya memperbetulkannya dengan cara menepati matlamat hukum yang terdapat di dalam kitab Allah Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Melalui nasihat, pemimpin berpeluang membetulkan rakyatnya yang tidak betul, bahkan berpeluang untuk membetulkan dirinya sendiri supaya menjadi contoh kepada rakyat. Nasihat juga mengajarnya untuk bersikap kepadanya dan dia tidak melenting apabila benar-benar melakukan kesilapan, kerana pemimpin adalah mahkluk manusia yang tidak boleh berlagak menjadi Tuhan.

Nasihat juga menjadi hak rakyat, untuk memberi nasihat kepada pemimpin dan menerima nasihat di kalangan mereka serta menerima nasihat daripada pemimpin. Rakyat juga berperanan untuk menasihati pemimpin, sekiranya pemimpin mereka menyeleweng. Hak rakyat untuk memberi nasihat tidak boleh dinafikan oleh kerajaan.

Allah berfirman melalui surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi Mass! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar."

Tetapi kewajipan nasihat ini telah diabaikan kerana terdapat sindrom yang melanda umat Islam di negara kita hingga ke tahap yang sangat membimbangkan.

Sindrom yang mengongkong para pemimpin : Negara dikepalai oleh barisan kepimpinan yang diikat dengan budaya menonjolkan diri dengan membariskan pimpinan bawahannya semata-mata untuk membina kekuatan kedudukannya, iaitu membariskan pelapis yang takut kepada siapa sahaja yang menjadi pemimpin utama. Pekara ini menyebabkan kita diperintah oleh kalangan yang tidak dapat membetulkan kelemahan-kelemahan yang berlaku.

Antara punca yang menimbul gejala ini ialah perkara-perkara berikut:

Hub al-Riasah wa al-Jah (Rakus untuk menjadi pemimpin dan gila kuasa.

Sifat ini menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan dirinya, bukan sahaja sanggup mebaurkan wang, bahkan sanggup mengorbankan kawan sendiri. Berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana ada kepentingan untuk naik lebih tinggi.

Dalam Umno, penghormatan yang sewajarnya tidak lagi diberi kepada orang yang sudah jatuh, yang dikira tidak boleh memberi apa-apa kepada orang lain, seperti Tun Musa Hitam dan Tun Ghafar Baba. Apa yang berlaku kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah malapetaka daripada sifat yang buruk ini.

Sebenarnya beliau dijatuhkan kerana adanya unsur perebutan kepimpinan. Tuduhan-tuduhan yang mengheret beliau ke mahkamah dipercayai oleh kebanyakan orang sebagai penyangkut yang dicipta untuk menjatuhkan beliau. Hanya segelintir rakan-rakan daripada Umno yang menunjukkan semangat persahabatan dan terlalu sedikit yang sanggup bersama. Kebanyakan mereka selama ini lebih bersemangat mangampun untuk kepentingan diri masing-masing.

Penyakit ini menyebabkan pemimpin tidak mendapat pertolongan dan keberkatan Allah S.W.T. Sangat benar sabda Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya iaitu Abdul Rahman bin Samurah maksudnya: "Wahai Abdul Rahman Samurah! Janganlah anda meminta untuk menjadi ketua. Jika sesuatu jawatan yang diberi kepadamu kerana permintaan engkau sendiri, nescaya ia akan diserakan kepadamu tanpa pertolongan. Sekiranya ia diberi kepadamu tanpa engkau memintanya, nescaya engkau akan diberi pertolongan." (Hadis Sohih riwayat Imam Bukhari dalam kitab al-Ahkam)

daripada buku 'Qazaf mangsa fitnah, halaman 45-49